CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12344|Reply: 16

[Tempatan] Persatuan hotel soal Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing - Hotel mana amalkan penginapan 23 jam

[Copy link]
Post time 22-10-2024 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Persatuan hotel soal Tiong - Hotel mana amalkan penginapan 23 jam

https://www.malaysiakini.com/news/723509

Diterbitkan:  Oct 22, 2024 12:55 PM
Dikemaskini: 12:57 PM



Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) ingin tahu lebih lanjut mengenai amalan biasa hotel di luar negara yang membenarkan tetamu menginap selama 23 jam.

Menyifatkan ia sebagai cadangan yang tidak masuk akal, Pengarah Eksekutif MAHO Saharuddin M Saaid berkata, perkara itu dikekang dengan keupayaan operasi hotel termasuk jumlah tenaga kerja bagi mengemas bilik dan kadar penginapan.

Ini, katanya, terutama ketika musim kemuncak apabila semua bilik hotel telah ditempah.



“Kita ingin tahu hotel mana dan di mana dalam dunia ini yang amalkan 23 jam untuk tetamu menginap di bilik. Adakah ia amalan biasa atau kekal atau sebenarnya ad hoc?

“Hotel di Malaysia ini atas permintaan iaitu jika keadaan membenarkan tetamu mendaftar masuk lebih awal atau daftar keluar lewat dari waktu biasa yang ditetapkan,” katanya yang dipetik akhbar Kosmo.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing dalam hantaran di media sosial dua hari lalu menggesa pengusaha hotel digesa supaya menyelaraskan semula masa daftar masuk dan keluar bagi memastikan pengguna menerima waktu penginapan sekurang-kurangnya 23 jam sehari.

Katanya, penginapan 23 jam sehari merupakan perkara biasa di luar negara dan perkara itu tidak menjejaskan soal kebersihan atau kualiti penginapan, malah pengguna juga merasakan wang yang dibelanjakan berbaloi dengan perkhidmatan diterima.



"Saya faham jika hotel mahu menjimatkan kos dan dapat meraih keuntungan dengan lebih banyak. Namun, perkara ini bukan hanya melibatkan keuntungan pemain industri semata-mata.

"Pelanggan yang berbelanja pasti mahu melakukannya dengan senang hati. Jika pelanggan berpuas hati dengan apa yang dibelanjakan, pasti pengusaha akan gembira dengan keuntungan yang berlipat kali ganda.

"Sebaliknya, jika pelanggan menerima pengalaman penginapan tidak memuaskan, ia memberi gambaran pihak hotel hanya mementingkan soal keuntungan dan bukan kualiti perkhidmatan," katanya.

Pada masa sama, menteri itu mengakui ada kekurangan tenaga kerja di hotel yang menjejaskan penyediaan bilik untuk tetamu dan berjanji akan berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri untuk membenarkan pengambilan pekerja asing.



Mengulas lanjut, Saharuddin berkata selepas wabak Covid-19, hotel kini perlu melakukan kerja-kerja sanitasi bilik dan ini memakan lebih masa.

“Jika isu tenaga kerja dapat di­selesaikan dan sistem pengemasan bilik lebih efisien, barulah hotel mampu mematuhi saranan Motac.

“Perkara ini senang diperkatakan, tapi realitinya banyak perkara perlu dipertimbangkan,” katanya.

Saharuddin berkata, pengambilan lebih ramai pekerja bagi tugas mengemas bilik juga akan mengakibatkan kenaikan kos penggajian.

“Tambahan mulai Februari 2025 gaji minimum dinaikkan ke RM1,700. Hotel tiada pilihan terpaksa menaikkan harga bilik bagi tampung kos operasi,” katanya.



Senada dengan Saharuddin, adalah pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah/Perlis, Eugene Dass yang turut me­nganggap saranan Tiong itu sebagai tidak masuk akal.

Katanya, tempoh masa satu jam adalah tidak mencukupi untuk memastikan kebersihan dan semua kemudahan bilik dalam keadaan sempurna.

“Kalau dalam sejam, mustahil dapat pastikan kebersihan dan memeriksa pili-pili air, pendingin hawa dan lain-lain kemudahan bilik berfungsi dengan baik.

“Perkara ini agak sukar untuk dilaksana terutama semasa me­nerima daftar masuk bagi kumpulan besar,” katanya.

Akhbar itu juga memetik Presiden MAH Christina Toh sebagai berkata saranan Tiong itu sebagai mustahil dan mengelirukan kerana selepas pandemik Covid-19, semua orang lebih menekankan kebersihan, jadi pihak hotel perlu memastikan semua bilik dalam keadaan bersih.

Waktu daftar masuk dan daftar keluar menjadi tumpuan selepas seorang tetamu hotel di media sosial mengadu dirinya diminta mendaftar masuk pada jam 4 petang dan diberitahu untuk berkemas pada jam 11 ​​pagi keesokan harinya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pa, menteri kata gaji minimum tu bukan semua pekerja dapat.. ikut pada kelayakan dan pengalaman..
Hotel masih buat ke sanitasi covid 19?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 03:18 PM | Show all posts
bohong la hotel check air cond, paip air semua tu. klu pengguna tak lapor sampai tercabut paip pun hotel x tahu. untuk adil. check in 2 petang dan check out 12 thari. 2 jam cukup sebenarnya klu hotel mahu ambil perkerja secukupnya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sokong pak menteri
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 03:42 PM | Show all posts
biasa aku nampak satu floor 2 org cleaner. Drg akang bekerja berdua utk bersihkan satu bilik. Tapi ada juga pernah nampak satu floor satu org. Tak tau lah kalau sebenarnya 2 orang tapi drg pecah dua utk setiap floor tu, so, sorang satu bilik. Letih juga tu kalau satu orang kerja, bilik pulak bersepah teruk. So akak vote check in kol 2, check out kol 12. dgn syarat kol 12 guest dah kena check out. lambat 5 minit kena denda rm50.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 04:13 PM | Show all posts
iols br balik hatyai last week..hotel pun tahap biasa2 jer..check in kul 2, check out kul 12..setiap floor ada 2 housekeeping staff..kul 8am camtu akan nmpk staff housekeeping dah dok standby kat area corridor kalau ada guest yg nk check out, deme terus kemas bilik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2024 04:15 PM | Show all posts
22 jam ok la.. saya jugak setuju check in pukul 2, check out pukul 12..
kengkadang ada jugak, kita dah sampai tapi bilik tak siap kemas lagi..

Bagus kalau diorang seragamkan.. ni tak seragam, sampai ada yang check in pukul 4, pukul 10 dah kene check out.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
For me, 2 pm check in and check out 12 noon reasonable skit. Kalau 4 pm - 12 noon tu mcm lambat sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 04:25 PM | Show all posts
alaaa bukan semua tunggu ngam2 nk check out ada je check out awal pagi, yg tu da untung kat hotel, bisness kat malaysia neh mana untung kat peniaga semua diam, yg rugi reti lak bising rugi
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 04:26 PM | Show all posts
dua2 sama longkang xde guna
yang menteri setakat sembang je bukan leh buat apa
dulu masa tak boleh melancong sangat masa covid
melancap lancap pengusaha hotel duk buat promo tu ini nak tarik orang dtg duduk hotel
bila dah balik macam biasa kemain berlagak lak mcm2 peraturan cibai ni buat dgn xpadan harganya lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 04:51 PM | Show all posts
chuols try lah kerja hotel kalau nak tahu sempat ke idok nak kemas, pastu untung ke idok. Try hotel bajet dan 3 bintang dan ke bawah. Kalau hotel 4,5,6 bintang, diorang memang mampu je hire lebih pekerja. Tapi kurang untung lah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Welcome to the Hotel California.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 22-10-2024 03:18 PM
bohong la hotel check air cond, paip air semua tu. klu pengguna tak lapor sampai tercabut paip pun h ...

Betul. Bilik bermasalah pon dia sumbat guest. Bila guest merempan, baru la sibuk nak tukar bilik la.. upgrade bilik la. Aku pernah kena, dapat bilik yg saluran sinki leaking & flush xleh pakai. Flush tandas tu benda basic kot. Kita duduk hotel, bukan celah kampung siram pakai air dalam baldi
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols prnh checkin satu hotel kt neg j pkl 11am sbb bilik mmg dh ready
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Arghhhhh nampak muka apek ni mmg aku pangkah terus
Takyah tunggu dia bukak mulut... satu sen pun aku takkan percaya
Di Antara menteri yg aku benci

Sapelah yg undi apek ni???
Next penggal nak undi lagi ke??????
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 10:01 PM | Show all posts
The problem is siapa yg mulakan check in 4pm check out 11am nih? Kena standardizekan la timing tu..kalau x mampu ikut jgn buat bisnes hotel..pi jual burger tepi jalan



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kali ni aku setuju dgn apek ni.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.270500 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list