View: 13765|Reply: 6
|
[Tempatan]
NGO lancar petisyen tuntut keadilan buat pemandu OKU
[Copy link]
|
|
NGO lancar petisyen tuntut keadilan buat pemandu OKU
https://www.malaysiakini.com/news/723595
Diterbitkan: Oct 22, 2024 8:50 PM
Dikemaskini: 8:50 PM
Pertubuhan Kebajikan dan Advokasi Pekak Malaysia (Dawn) melancarkan petisyen dalam talian bagi menuntut keadilan untuk pemandu e-hailing Ong Ing Keong, yang didakwa diserang seorang polis pengiring Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 28 Mei lalu.
Dawn menuntut anggota polis itu didakwa segera di mahkamah dan satu siasatan bebas dibuat berhubung cara kes itu dikendalikan.
Dawn juga menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh memberi penjelasan mengenai kurangnya tindakan yang diambil pihak berkuasa.
Selain itu, pertubuhan itu turut menggesa hak perundangan bagi orang kurang upaya (OKU) dijaga, terutama dalam berdepan halangan sistemik dalam mendapatkan keadilan.
"Kes Ong bukan sekadar perjuangan untuk keadilan individu tetapi penting dalam menangani cabaran sistemik yang dihadapi golongan pekak, komuniti kurang upaya, dan golongan rentan yang lain dalam mendapatkan akses keadilan di Malaysia…
"Kami menggesa individu dan organisasi di seluruh dunia untuk menyokong petisyen ini dan menarik perhatian (semua pihak) kepada kes yang penting ini," menurut petisyen itu.
Menurut metadata Change.org, petisyen itu disiarkan di laman webnya kira-kira pada jam lima petang tadi. Setakat jam tujuh petang, ia telah mendapat 200 tandatangan.
Ong, 48, dipukul di bahagian muka ketika berada dalam keretanya dan menunggu penumpang di perkarangan sebuah hotel di Kuala Lumpur, pada 28 Mei lalu.
Individu yang didakwa menyerangnya adalah polis pengiring kepada Tunku Ismail. Tunku Ismail menggesa pihak berkuasa membuat siasatan secara menyeluruh dan berharap keadilan diberikan kepada mangsa.
Dalam sidang akhbar beberapa hari kemudian, Ong mendakwa seorang "wakil istana" hadir di balai polis dan menawarkan pampasan sebanyak RM800 untuk menyelesaikan perkara tersebut, dan telefonnya akan dirampas jika dia menolaknya.
Ketika itu, Ong berkata dia menerima tawaran pampasan itu di bawah tekanan kerana memerlukan telefon untuk bekerja dan berkomunikasi dengan keluarga.
Dawn mendakwa Ong telah membuat empat laporan polis mengenai kejadian itu, dengan tiga daripadanya disediakan oleh pihak polis.
Polis mengesahkan kertas siasatan telah dihantar kepada Pejabat Peguam Negara sebanyak dua kali, iaitu pada 5 Jun dan 27 Julai lalu.
Walaupun dengan rakaman kejadian, setakat ini tiada perkembangan berhubung pendakwaan terhadap penyerang terbabit.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cucu raja pun tak dapat keadilan. Inikan pulak raykat marhaen OKU. |
|
|
|
|
|
|
|
OKU bukan alasan untuk langgar peraturan berhenti parking ikut suka. Yang menumbuk tu pun salah, itu ja cara yang dia tau nak selesai cepat.
Dua2 pihak harus diajar dan belajar.
|
|
|
|
|
|
|
|
klu type c mmg senang dpt kad OKU |
|
|
|
|
|
|
|
ala amik je la pengiring tu anto masuk jel setahun ke, denda ribu2 ke.
takkan nak suh penjara seumur hidup pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan haritu dah deal some-thang-some-thang ke??
Ingat dah dpt bayo ke apa tah. Ni meratib lagi.
Lantaklah. Dua2 aku tak sokong. Meluat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|