CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12983|Reply: 7

[Tempatan] [VIDEO] Raja Formula Rafizi Ramli: Penentuan T15 bukan berdasarkan pendapatan kasar sahaja. #2, Subsidi RON95 T15 sudah dibincang pelbagai peringkat, kata Raja Formula Rafizi Ramli

[Copy link]
Post time 23-10-2024 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 23-10-2024 03:49 AM

[VIDEO] Penentuan T15 bukan berdasarkan pendapatan kasar sahaja

https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... n-pendapatan-kasar/

Oleh KOSMO!
23 Oktober 2024, 10:23 am


Rafizi Ramli.

PETALING JAYA – Kaedah pelaksanaan penyasaran semula seperti dicadangkan khusus untuk golongan 15 peratus yang tidak layak menerima subsidi bahan api RON95 atau T15 sudah dibentang dan dibincangkan di pelbagai peringkat.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kaedah yang dimuktamadkan itu akan diangkat untuk persetujuan Jemaah Menteri sebelum pelaksanaannya.

Jelasnya, penentuan 15 peratus golongan yang tidak layak itu juga akan merujuk kepada taburan yang lebih adil, bukannya berdasarkan pendapatan kasar semata-mata.

“B40, M40, T20 atau T15 hanyalah garis statistik yang bergantung kepada set data. Kalau set data itu merujuk kepada taburan pendapatan isi rumah seluruh Malaysia, maka T15 merujuk kepada isi rumah yang taburan pendapatannya adalah 15 peratus paling tinggi.

“Tetapi kita sedia maklum bahawa kos sara hidup ini tidak boleh diukur berdasarkan pendapatan kasar semata-mata. Banyak faktor lain termasuklah saiz isi rumah, lokasi, tanggungan dan sebagainya,” katanya dalam hantaran di aplikasi X, semalam.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan bersedia untuk berdepan dengan reaksi orang ramai berhubung penarikan semula subsidi petrol mulai pertengahan 2025.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan sistem dua harga supaya 15 peratus golongan maha kaya (T15) dapat membayar kadar pasaran untuk petrol RON95, manakala yang lain mengikuti harga subsidi semasa.

Tambahnya, kerajaan juga telah menyatakan rancangan pendapatan dan perbelanjaan yang melibatkan dasar serta projek pada anggaran awal bagi mendapat kelulusan Dewan Rakyat.

“Selepas diluluskan, kerajaan kemudian menggunakan kelulusan tersebut bagi memperincikan projek untuk dilaksanakan termasuklah membuka tender, melantik kontraktor dan sebagainya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2024 11:48 AM | Show all posts
Subsidi RON95 T15 sudah dibincang pelbagai peringkat - Rafizi

https://www.sinarharian.com.my/a ... -peringkat---rafizi

23 Oktober 2024 12:17am
Masa membaca: 2 minit


Rafizi

SHAH ALAM - Kaedah pelaksanaan penyasaran semula yang dicadangkan khususnya untuk golongan 15 peratus yang tidak layak menerima subsidi bahan api RON95 atau T15 sudah dibentang dan dibincangkan di pelbagai peringkat.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kaedah yang dimuktamadkan itu akan diangkat untuk persetujuan Jemaah Menteri sebelum pelaksanaannya.

"Setelah semuanya diharmonikan dan perincian pelaksanaan itu mendapat kelulusan Jemaah Menteri, maka barulah ia boleh diumumkan kepada rakyat.

"Orang ramai harus fahami bahawa belanjawan hanyalah pernyataan hasrat kerajaan dan belum sepenuhnya diperincikan. Oleh itu, angka yang diumumkan hanyalah anggaran awal untuk mendapat kelulusan Dewan Rakyat sebelum dimuktamadkan," katanya menerusi sebuah video di aplikasi X pada Selasa.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan bersedia berdepan reaksi awam berhubung komitmennya untuk menarik semula subsidi petrol mulai pertengahan 2025.

Rafizi berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan sistem dua harga supaya 15 peratus golongan maha kaya (T15) dapat membayar kadar pasaran untuk petrol RON95 manakala yang lain mengikuti harga subsidi semasa.

Tambah Rafizi, kerajaan menyatakan rancangan pendapatan dan perbelanjaan yang melibatkan dasar serta projek pada anggaran awal untuk mendapat kelulusan Dewan Rakyat.

"Selepas diluluskan, kerajaan kemudian menggunakan kelulusan tersebut untuk memperincikan projek untuk dilaksanakan termasuklah membuka tender, melantik kontraktor dan sebagainya," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 03:45 PM | Show all posts
Mula2 kata dah dibentang dan dibincang di pelbagai tahap. Lepas tu kata penyataan hasrat aja yang belum diperinci. Bagi dia, orang ramai yang bodoh, tak faham apa yang dia nak cuba kata. Dia yg paling genius di Msia ni.. pakar goreng.

BTW please stop using the term 'maha kaya'. Gunalah istilah lain yang lebih appropriate. Istilah yg dicadangkan oleh World Bank kot ni, ka IMF?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Abes tu GST dulu najib keluar berak dari jamban terus dapat idea nak kenakan GST 6% ke?

Pelaksanaan GST pon dikaji bertahun tahun di pelbagai peringkat.. tapi korang hasut rakyat seolah olah najib zalim dan kejam kenakan gst padahal hampir seluruh dunia guna gst

Sekarang mendapat ler hutang jauh makin naik, macam2 cukai baru diperkenalkan, harga barang naik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 04:05 PM | Show all posts
apa2 jelah... iols cuma nk tgok cemana dia nk deny subsidi utk golongan t15 ni... adakah tiap kali nak isi minyak kena hulur IC dan cap jari ??? silap2 esok sbb kan subsidi yg katanyehhh 15% tu, dtg pulak masalah lain ummah b40 yg x isi minyak jual / sewa IC pd t15 utk dpatkan subsidi..... silap2 kos nak implement system lg mahal drpd kos subsidi yg ditanggung buat t15...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 04:55 PM | Show all posts
Edited by Nfir at 23-10-2024 05:00 PM
always_typo replied at 23-10-2024 03:45 PM
Mula2 kata dah dibentang dan dibincang di pelbagai tahap. Lepas tu kata penyataan hasrat aja yang be ...

Bahasa Melayu bukan bahasa yang evolving.

Bahasa Melayu bukan bahasa pendidikan. Sebahagian besar teks pendidikan di dunia bukan dalam Bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Melayu dalam perbincangan pendidikan juga terhad. Mungkin setakat di Malaysia saja.

Bahasa Melayu juga bukan bahasa perdagangan.

Apabila sesuatu bahasa itu bukan bahasa ilmu dan bahasa perdagangan … tentulah vocabulary dalam bahasa tersebut tidak berkembang.

Dalam article English, mereka menggunakan terms berikut untuk merujuk kepada ‘maha kaya’:

1) Super rich

Free Malaysia Today : Tabling the budget, Anwar said foreigners and the top 15% of consumers, whom he essentially dubbed as super rich, enjoyed 40% of the government’s RON95 subsidies.

2) Ultra rich

The Star : Unfair to brand everyone in T15 group as 'ultra rich', says Dr Wee

Untuk menggambarkan kelompok 15 yang teratas, penggunaan frasa ‘ultra rich’ bukan suatu frasa yang tepat.


In English, ‘ultra rich’ mempunyai konotasi individu yang sangat kaya. Contohnya, billionaire. Atau, seorang yang mempunyai asset bernilai ratusan juta.

Ini contoh penggunaan ‘ultra rich’:

The unorganised state of Ultra High Net Worth wealth – Tajuk article di website HSBC Private Banking

3) Ada juga artikel English yang menggunakan term seperti ‘uber wealthy’, ‘top wealthy’, atau ‘extremely wealthy’.

+ + +

Term ‘maha kaya’ tidak relevan dengan orang Cina dan orang India. Non-Malay di Malaysia tidak membaca artikel dalam Bahasa Melayu.

Term ‘maha kaya’ juga tidak relevan dengan orang Melayu yang lebih banyak membaca New Straits Times dan The Star. Masalah ini tidak wujud dalam artikelEnglish.

Term ‘maha kaya’ ini hanya relevan dalam konteks penulisan dan komunikasi untuk orang Melayu yang perlu menggunakan Bahasa Melayu.

Kalau orang Melayu tak suka dengan term ‘maha kaya’, apa frasa yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk menggambarkan maksud seperti yang disampaikan dalam artikel English?

+ + +

Dalam konteks subsidi bersasar, rakyat dibahagikan kepada ratio 15:85. Ratio ini bermaksud:

Kumpulan 15% : 15% rakyat di Malaysia dikategorikan sebagai individu yang paling senang dalam Malaysia. Lalu subsidi untuk mereka dikurangkan.


Individu senang = Orang yang ada kehidupan yang senang dalam aspek kewangan.

Mereka ada pendapatan yang tinggi untuk menampung perbelanjaan essential di sesuatu kawasan. Contohnya, jika mereka duduk di KL, mereka mempunyai pendapatan yang tinggi untuk mewujudkan kehidupan yang senang dan berkualiti di KL.

Jumlah tanggungan mereka juga adalah rendah, i.e. mempunyai jumlah anak yang sedikit atau tidak perlu membiayai perbelanjaan ibu-bapa sendiri.

Kumpulan ini masih menerima subsidi. Contohnya, jika mereka menghantar anak belajar di SMK atau SMJK, mereka akan menerima subsidi pendidikan seperti biasa. Bukannya mereka tidak menerima subsidi langsung.

Cuma, dalam sesetengah keadaan, subsidi untuk mereka dikurangkan atau ditiadakan. Contohnya:

1) Pembayaran RON95 - Ditiadakan subsidi
2) Yuran SBP - Dikurangkan subsidi
3) Yuran IPTA - Dikurangkan subsidi

Kumpulan 85% : Ini merujuk kepada 85% daripada rakyat Malaysia. Ini adalah kumpulan rakyat yang masih memerlukan subsidi seperti biasa. Kumpulan ini tidak terkesan dengan pelaksanaan polisi subsidi bersasar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2024 08:16 PM | Show all posts
dia sepatutnya mudahkan konteks supaya orang ramai senang faham.. bila sebut kasta lama b40 m40 t20 bersama-sama kasta bau t15 ini mengelirukan..

bagi tau dengan jelas...

t15 kau bayar sendiri minyak sebab kau mahakaya.
m85(miskin85) akan diberi sabsidi skibidi...

kan senang... cuma jika perincian belum diberi janganlah buat statement spt sebelum ini yang kata t15 ialah pendapatan isi rumah sebanyak rm13000 keatas..

ianya menyebabkan kekeliruan sbb figure tu beri persoalan dlm konteks lain spt cuma 15 peratus kah individu dgn pendapatan isi rumah sebanyak rm13000 keatas dimalaysia.. sediikit sgt

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 08:19 PM | Show all posts
pendapt aku perkataan mahakaya untuk t15 ini tak sesuai... golongan paling bawah berpendatan katalah contohnya rm13000 dikelompokkan dgn golongan rm100,000 keatas atau mereka yang pendapatan angka juta sebulan.. tak rasa janggalkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.315104 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list