CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12795|Reply: 5

[Tempatan] Penduduk gagalkan cubaan lelaki Nepal culik kanak-kanak dua tahun

[Copy link]
Post time 23-10-2024 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk gagalkan cubaan lelaki Nepal culik kanak-kanak dua tahun

https://www.bharian.com.my/berit ... nak-kanak-dua-tahun

Muhaamad Hafis Nawawi - Oktober 23, 2024 @ 10:31am
[email protected]


Tangkap layar video tular suspek dalam keadaan tangan terikat disoal siasat seorang penduduk. - Foto tular

SUNGAI BULOH: Tindakan seorang lelaki warga Nepal menyamar sebagai tukang cuci dan cuba menculik kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Kuang, di sini, gagal apabila ditahan penduduk semalam.

Kejadian itu turut tular apabila beberapa video menunjukkan lelaki itu diikat serta ditahan orang awam berhampiran lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya mengesan dua video tular di Facebook menunjukkan seorang lelaki warga Nepal sedang disoal siasat selain satu lagi video menunjukkan lelaki itu dalam keadaan terbaring dengan tangan diikat.

Katanya, polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 47 tahun menyatakan terdengar jirannya menjerit meminta tolong memberitahu ada lelaki cuba menculik anaknya pada jam 12.40 tengah hari, semalam.

"Pengadu pergi ke rumah jiran dan terlihat lelaki berkenaan melarikan diri.

"Susulan itu, pengadu bersama penduduk mengejar lelaki terbabit dan berjaya menahannya berhampiran kawasan pembuangan sampah, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, berlaku pergelutan ketika cuba menahan suspek namun dia berjaya ditangkap dan diserahkan pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Kejadian dipercayai berlaku di ruang tamu rumah mangsa yang didatangi suspek yang berseorangan dan memperkenalkan diri sebagai tukang cuci.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan. Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan apa-apa perkara serta tindakan yang menyalahi undang-undang," katanya.

Beliau berkata, sebarang maklumat berkenaan kejadian boleh hadir ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Azammudin Mohd Razib di talian 016-5661597.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2024 11:37 AM | Show all posts
https://www.youtube.com/watch?v=ToDfOfBRQd0

Debab bulat buncit kenyang makan subsidi malaysia. Kerja pun senang tangkap jual budak-budak. Tak payah angkat batu bata, bancuh cement, berpanas berhujan. Patutnya penduduk situ sembur hidung sial ni dengan baygon hijau tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 02:41 PM | Show all posts
Mana video dia menculik?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Jemput lg diarg... Sila ooooo sila

Haa dapat. Puak yg menjemput aman2 rakyat yg tertungging terlentang dek mangkuk2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Takleh ke campak sungai sarawak je sume rohingyuck ni...

Bukan menaikkan negara pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.051180 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list