CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12087|Reply: 2

[Tempatan] Rogol teman wanita bawah umur, penjaga lembu dipenjara tiga tahun

[Copy link]
Post time 23-10-2024 12:03 PM | Show all posts |Read mode



Rogol teman wanita, penjaga lembu dipenjara tiga tahun

NORAFIDAH ASSAN
Tertuduh dijatuhi hukuman tiga tahun penjara selepas mengaku bersalah merogol teman wanitanya.
22 Oct 2024 12:55 pm

SEREMBAN - Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi hukuman tiga tahun penjara terhadap seorang penjaga lembu selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol teman wanitanya yang berusia 14 tahun minggu lalu.

Tertuduh, Amran Yap, 24, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Berdasarkan kesemua pertuduhan, tertuduh telah merogol seorang kanak-kanak perempuan yang waktu itu berusia 14 tahun satu bulan.


Perbuatan tersebut dilakukan tertuduh pada 14 dan 15 Oktober lalu antara jam 7 malam hingga 10 pagi di sebuah pondok di Ulu Beranang, Lenggeng, Nilai.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan hendaklah dihukum dengan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman paling minimum selain memaklumkan itu adalah kesalahan pertamanya dan masih menanggung kedua ibu bapanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balqis Zunaidi memohon hukuman yang setimpal kerana percaya kepentingan mangsa lebih penting daripada tertuduh selain mengambil kira juga kekerapan kes seksual terhadap kanak-kanak.

Sementara itu, berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian mangsa telah ke rumah suspek iaitu tertuduh dengan alasan suspek mahu membawa mangsa berjumpa ibunya, namun ibunya tiada di rumah sebelum mangsa dirogol sebanyak tiga kali.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2024 02:24 PM | Show all posts
'Teman wanita' tu dapat berapa tahun pulak? Ka dapat sedap ja
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 03:51 PM | Show all posts
Ni kira statutory rape lah sbb yg ditiduri tu gf heols, setuju atau paksa tetaplah di charge as statutory rape
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.137557 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list