CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9602|Reply: 0

[Tempatan] Pelabuhan negara kekal pilihan, tak perlu bimbang projek Jambatan Darat Chumpon-Ranong (CRLB) Thailand, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

[Copy link]
Post time 23-10-2024 02:16 PM | Show all posts |Read mode
Pelabuhan negara kekal pilihan, tak perlu bimbang projek CRLB Thailand - Loke

https://www.bharian.com.my/berit ... bimbang-projek-crlb

Oleh Mohamed Farid Noh - Oktober 23, 2024 @ 12:01pm
[email protected]


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (kiri) pada Majlis Perasmian Konvensyen Pelabuhan dan Logistik ASEAN di Hotel Double Tree by Hilton, Johor. - NSTP/ISKANDAR ISHAK

JOHOR BAHRU: Malaysia tidak perlu bimbang dengan cadangan pembangunan Jambatan Darat Chumpon-Ranong (CRLB) di Thailand yang dikatakan bakal mengurangkan masa perkapalan antara Lautan Hindi dan Pasifik, dengan mengelak Selat Melaka.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata ini kerana pelabuhan di negara ini mempunyai kelebihan dari segi kecekapan operasi dan geografi semula jadi.

Sehubungan itu, beliau berkata fokus perlu diberikan bagi peningkatan kecekapan pelabuhan negara termasuk penggunaan teknologi baharu bagi memastikan pelabuhan negara terus menjadi pilihan kapal antarabangsa berlabuh.

"Pelabuhan bukan sahaja untuk perdagangan serta 'transhipment' (pemindahan barangan) semata-mata, malah sektor perindustrian eksport dan import negara yang kukuh mendorong pelabuhan negara terus menjadi pilihan kapal antarabangsa berlabuh.


"Operator-operator pelabuhan negara perlu lebih berdaya saing, selain keperluan merangka dasar perdagangan yang bebas dan terbuka, bagi memastikan kelebihan pelabuhan negara terus dipertahankan," katanya selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Pelabuhan dan Logistik ASEAN, di sini, hari ini.

Thailand sebelum ini dilapor mengemukakan cadangan projek membina pelabuhan dan jambatan darat bagi mengurangkan masa perkapalan antara Lautan Hindi dan Pasifik dengan mengelak Selat Melaka, laluan laut utama yang sibuk.

Negara jiran itu memberi jaminan cadangan pembinaan pelabuhan dan jambatan darat yang dirancang bagi memintas laluan perkapalan di Selat Melaka, akan turut membabitkan kerjasama Malaysia.

Projek dijangka memendekkan masa perjalanan kira-kira empat hari berbanding laluan di Selat Melaka, selain mampu mengurangkan perbelanjaan perkapalan sebanyak 15 peratus.

Mac lalu, kerajaan dilapor sudah melaksanakan kajian berhubung cadangan pembangunan Jambatan Darat CRLB di Thailand serta potensi impak terhadap negara.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilaporkan berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) untuk menentukan hala tuju selanjutnya.

Mengulas kelebihan Malaysia lanjut, Loke berkata pertamanya negara mempunyai kelebihan dari segi kedudukan geografi berikutan kedudukan di tengah-tengah Selat Melaka dan Laut China Selatan, yang terletak di laluan perairan paling sibuk di dunia.

"Kita ada banyak pelabuhan di Selat Melaka dari Johor sampai ke Pulau Pinang dengan tiga pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pulau Pinang, malah ada beberapa pelabuhan yang dirancang pihak swasta.

"Jadi kita tidak perlu terlalu bimbang dengan persaingan negara lain. Sudah tentu akan ada persaingan, namun kita perlu yakin dengan kelebihan (pelabuhan) kita sendiri.

"Apa yang penting kita perlu terus tingkatkan kecekapan pelabuhan negara kerana kita sudah ada kedudukan geografi semulajadi yang memberikan kelebihan kepada pelabuhan-pelabuhan negara," katanya.

Dalam pada itu, beliau yakin pelabuhan negara akan kekal menjadi pilihan kapal antarabangsa berlabuh.

"Di Johor sekarang ini contohnya, menjadi tumpuan pelabur dalam banyak perindustrian yang sudah dan akan melabur di sini terutama pembangunan koridor ekonomi antarabangsa di negeri ini.

"Jadi sudah tentu pelabuhan kita akan mainkan peranan lebih penting," katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.593157 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list