View: 32678|Reply: 15
|
Punca bunyi letupan di Ipoh sedang disiasat, gegaran terbaru di Kuala Kangsar, Gopeng, Gerik - PDRM
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Polis sedang menyiasat punca insiden bunyi letupan dan gegaran yang dirasai di sekitar Ipoh, Perak Isnin lalu yang masih misteri sehingga kini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, buat masa ini, pihaknya masih belum mengenal pasti puncanya namun siasatan sedang dijalankan.
Menurutnya, pihaknya juga menerima maklumat gegaran itu turut dirasai dan didengari penduduk di Kuala Kangsar, Gopeng dan Gerik, Perak.
"Sejak kejadian itu berlaku, pemeriksaan sudah dilakukan dengan pelbagai syarikat dan agensi untuk menentukan punca bunyi itu.
"Semakan juga dibuat dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Razarudin berkata, Polis Perak juga sudah memeriksa dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta dan mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan pada hari itu.
"Semakan dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) juga mendapati tiada letupan yang dijalankan di kuari sebelum jam 12 tengah hari.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak terus membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kebimbangan orang awam.
"Beri polis masa untuk menjalankan siasatan dan akan memaklumkan kepada media apabila memperoleh penemuan muktamad," katanya.
Sumber – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
dah melarat ke gopeng. ada orang bina terowong bawah tanah ke dalam diam2? |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu aku ada jejalan kat Ipoh...tourist guide kata perak penuh dgn lombong smada dh lama/masih aktif...mungkin aktiviti melombong haram kot...guna bahan letupan tanpa permit...hati2 org perak...tiba2 kwasan korang ada sinkhole lubang besar punya...skeri wooo. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak abis2 dengan ' jangan menimbulkan spekulasi'... Try tanya raja formula..kot2 ada jawapan. |
|
|
|
|
|
|
|
Yakjuj makjuj berpindah ke ipoh ke |
|
|
|
|
|
|
|
Astaga uols ni kannnnn
|
|
|
|
|
|
|
|
Soalanya adakah hasil siasat akan diberitahu pd public? Of course la x kan. As public bnyk info yg kita x Tau atau disangkakan Tau tp sbnrnya x Tau |
|
|
|
|
|
|
|
selagi takde jawapan, selagi tu la orang berspekulasi
tapi bila berspekulasi, takut kena tindakan undang2. last2 semua katup mulut membisu. mencik
|
|
|
|
|
|
|
|
tanya je netizen
masing2 sume tahu tu katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Menipu je lah ckp xtahu..mesti adr kaitan dgn kuning2 kan? |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 24-10-2024 01:03 PM
Yakjuj makjuj berpindah ke ipoh ke
...dan akn membinasakan 'ipoh mali'... |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 24-10-2024 01:03 PM
Yakjuj makjuj berpindah ke ipoh ke
seram..awl.lg nk pindah pun..kiamat lambat lg kn
|
|
|
|
|
|
|
|
eragon replied at 24-10-2024 03:05 PM
Kenapa Perak je ?
ingat dedulu yg depa guling depan istana tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|