View: 13027|Reply: 11
|
[Tempatan]
‘Adakah yang tak ambil gaji dianggap maha kaya?’
[Copy link]
|
|
‘Adakah yang tak ambil gaji dianggap maha kaya?’
https://www.malaysiakini.com/news/723708
Ili Aqilah, Alyaa Alhadjri & & N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Oct 23, 2024 5:55 PM
Dikemaskini: 6:44 PM
PARLIMEN l Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan mencabar Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menjelaskan definisinya tentang golongan "maha kaya."
Pemimpin Bersatu itu dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 mempersoalkan penggunaan istilah berkenaan oleh Anwar dan menuntut penjelasan yang lebih tepat.
Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor )
“Saya nak tanya, apa sebenarnya definisi maha kaya? Adakah seseorang yang mampu hidup mewah walaupun tak ambil gaji selama bertahun-tahun itu dianggap sebagai maha kaya?
“Adakah orang yang jadi jutawan setelah jadi seorang setiausaha politik sahaja, itu masuk kategori maha kaya?”soalnya yang jelas menyindir bekas pembantu politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.
Farhash mencuri tumpuan apabila laopran media menyebut bahawa dia melabur hampir RM40 juta dalam penyedia perkhidmatan teknologi HeiTech Padu Sdn Bhd, yang telah disenaraipendekkan untuk kontrak kerajaan.
Sementara itu, Anwar, yang juga ahli Parlimen Tambun, tidak mengambil gaji sebagai perdana menteri untuk tahun ketiga berturut-turut sejak memegang jawatan itu pada November 2022.
Anwar Ibrahim (PH-Tambun)
Pada April lalu, Anwar juga memulangkan elaun yang tidak diambilnya sebagai pengerusi Khazanah Nasional.
Wan Saiful selanjutnya mendakwa Anwar menggunakan apa yang disifatkannya sebagai propaganda "'99 peratus lawan satu peratus" yang sudah lapuk.
“Adakah retorik populis yang dicipta di Amerika Syarikat ini sebenarnya ikhlas digunakan sebab nak perjuangkan nasib orang miskin.
“Atau adakah ia hanya propaganda untuk menutup kegagalan demi kegagalan untuk menunaikan janji yang semakin jelas dilihat setiap hari?
“Berapa lama lagi retorik dan propaganda ini nak digunakan untuk menutup ketidakmampuan mentadbir negara dengan cara yang baik?
“Jadi saya rasa cukup-cukuplah gunakan retorik tapi buatlah kerja dengan baik supaya rakyat nampak bukan saja dengar tapi nampak hasilnya,” katanya lagi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada logiknya disitu . Mesin tua buruk kuat menyepin kena cari idea terbaru untuk jadi terpaling terzuhud |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu..dia la yg mahakaya nya tu |
|
|
|
|
|
|
|
" PMX pernah jadi menteri kewangan terbaik Asia."
Siapa dulu pernah setuju ni statement ni baik mengaku cepat.
#PMXBEST |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ambil gaji pun jadi masalah. |
|
|
|
|
|
|
|
snowflakes replied at 26-10-2024 01:41 AM
Tak ambil gaji pun jadi masalah.
musykil bang...sb...tak pernah nengok dia kt kedai eco beli megi 2 paket rm2.40 tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Bingitlah pasal gaji ni. Amik ja lah gaji tu lepas tu sedekah kat rumah anak2 yatim boleh beli tilam baru sedap sikit. Pulang balik ke gomen tak jadi bukit pun duit tu. Kalau yang itu pun menggelupur gak tak tau nak katalah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nuart x amik gaji so dia x pyh byr income tax, tp musykil juga x kan selama ni dia mkn hasil bini dia? Mana tanggunjwb sbg suami x bg nafkah, iols speku dia dpt duit masyukkk tmpt lain lg byk dari gaji tp x declare giteww spekuan ku |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 27-10-2024 05:45 PM
Nuart x amik gaji so dia x pyh byr income tax, tp musykil juga x kan selama ni dia mkn hasil bini di ...
Dia ada gaji sbg MP Tambun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ot jap ek. Kenapa sis azalina mcm sukahati dia nk pakai apa masa sidang parlimen. Boleh pulak dia lepas masuk bersidang.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|