CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5719|Reply: 13

[Tempatan] Dewan Rakyat: Peserta MyKiosk jual ayam gunting dapat RM30,000 sebulan

[Copy link]
Post time 24-10-2024 03:51 PM | Show all posts |Read mode
Dewan Rakyat: Peserta MyKiosk jual ayam gunting dapat RM30,000 sebulan

https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... at-rm30000-sebulan/

Oleh ZULKIFLI MANZOR
24 Oktober 2024, 2:52 pm


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini diberitahu seorang peserta program MyKiosk@kpkt di Melaka memperoleh pendapatan sebanyak RM30,000 sebulan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Raj Munni Sabu berkata, pencapaian peniaga itu antara kisah kejayaan dibawah program MyKiosk@KPKT.

“Ada peniaga ayam gunting di Melaka sebelum ini pendapatan antara RM8,000 hingga RM10,000 sebulan.

“Melalui penggunaan MyKiosk oleh KPKT, pendapatannya kini RM30,000 sebulan dan ini kita boleh perkasakan (dalam program MyKiosk@KPKT),” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) bagaimana inisiatif MyKiosk oleh KPKT dapat membantu meningkatkan sosioekonomi masyarakat.

Terdahulu, Raj Munni menerangkan,antara isu sampingan penjaja atau peniaga kurang berminat menggunakan kemudahan MyKiosk seperti kesesuaian lokasi dan ketersediaan infrastruktur asas yang lengkap.

Menurut beliau, isu itu termasuk tapak berturap dan platform bagi menempatkan MyKiosk, maka KPKT mengambil pendekatan pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh memohon peruntukan untuk kerja-kerja penambahbaikan.

Ujar beliau, MyKiosk akan turut ditempatkan di lokasi yang lebih strategik seperti kawasan tumpuan pelancongan, taman rekreasi, pusat komersial dan kawasan perumahan.

“Sewaan dikenakan adalah enam bulan pertama percuma dan diberi dengan segala kemudahan termasuk bekalan elektrik percuma. Bagi pelaksanaan MyKiosk 2.0 pada tahun 2024, penambahbaikan dibuat terhadap spesifikasi reka bentuk yang lebih lestari alam serta menarik dan kemudahan kiosk yang lebih baik tanpa peningkatan kadar sewaan.

“Kini setiap unit kiosk dilengkapi dengan tenaga solar berkapasiti 1,000 watt. Penggunaan material yang tahan lasak. Lampu LED, reka bentuk bumbung mengelak air bertakung dan berlumut, tingkap hidraulik, roda dan rak mudah laras untuk memudahkan susun atur produk,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2024 04:24 PM | Show all posts
ye ke?rsnye skg xdpt dh byk tu sales
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak ngaku untung puluh² ribu nii.. selalunya type M.. naperr ek?
*Tapi aku tetap ber pegang selagi dia tak tunjuk resit income tax dia..selagi tu aku anggap tipu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah join program2 gini dulu2
Heheheh angguk je la ckp lbh kang teghoyak pulok deme
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mykiosk kat daerah aku ni semua kat tempat jin bertendang.. yg dah dapat kiosk kat tempat best jenis tak buka. Siap buka payung kat tempat berdekatan..
Aku nak apply takde kosong, padahal tiap kali lalu ada 2,3 biji je yang bukak .

Bagi kiosk tapi tak pantau
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
suka ayam gunting...mcm setiap.wiken nk hayam gunting..kalau xdpt aym gunting blh merajuk....mkn panas panas sdp..tp mhl skrg rm12...dlu mcm rm10 je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2024 08:31 AM | Show all posts
edayildiz replied at 25-10-2024 01:54 AM
suka ayam gunting...mcm setiap.wiken nk hayam gunting..kalau xdpt aym gunting blh merajuk....mkn pan ...

15 tahun lepas uncle bob cuma rm5 jah

bangkem ingat lagi harga rm5 tu sebab pernah satu hari bangkem jalan2 kat pasar malam, pastu terjumpa duit rm5 atas jalan

bangkem ambik pastu terus beli uncle bob, share makan dengan gefren
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 09:21 AM | Show all posts
the best ayam gunting would be depan masjid besar taipei. haiyaaa sedap

anyways, what about the rest of peniaga2 . satu sample does not represent the whole bunch
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 25-10-2024 08:31 AM
15 tahun lepas uncle bob cuma rm5 jah

bangkem ingat lagi harga rm5 tu sebab pernah satu hari bang ...

zamam bila tu bangkem..
jimat la kn blh share ngn gf
i cuma ingt beli yg rega dh rm10..mayb thn dpn naik lg sampai rm15..baik i beli mekdi lg murah..dpt fries dgn air
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 10:56 AM | Show all posts
biasa klu cerita sembang lebat ni terbalik
siapa nak mengaku dpt telur angsa emas...silap2 kne sailang dgn kroni lain
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 10:09 AM | Show all posts
kenapa ayam gunting ni mahal sangat sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 10:24 AM | Show all posts
Edited by BeskotCekelat at 28-10-2024 11:13 AM

Kalau letak kat kiosk nanti sejuk. Ayam gunting sedap makan panas2
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 10:25 AM | Show all posts
ada yang RM10, ada yang RM12.. tp rega x pernah nk naik puluh sen, naik kena singgit 2 ringgit.. huhu.. size nya begitu jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
boongalalang replied at 24-10-2024 10:39 PM
Mykiosk kat daerah aku ni semua kat tempat jin bertendang.. yg dah dapat kiosk kat tempat best jenis ...

Kt tempat i pun majlis gi bubuh tempat jin bertendang
Memang semua majlis daerah kt malaysia ni bersependapat ek nk majukn ekonomi jin dan hantu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.217880 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list