|
Ibu saudara pelakon, Riena Diana, 27, kehilangan gelang dan dompet akibat dicuri di sebuah pusat beli-belah terkemuka, di sini, semalam.
Riena ketika dihubungi berkata, dia ke pusat beli-belah itu bersama ibu saudaranya , tetapi ketika kejadian dia berada di kedai lain.
"Gelang permata itu milik saya tetapi saya beri ibu saudara pakai. Saya ada sekali tapi di kedai lain waktu itu. Selain itu, dompet juga turut dicuri," katanya.
Riena berkata, dia sudah membuat laporan polis dan mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa serta pemilik premis yang membantu siasatan dengan memberi video dari Kamera Litar Tertutup (CCTV).
Riena berharap agar orang ramai berhati-hati dengan pasangan pencuri itu dan turut memuat naik gambar mereka di Instagram.
"Kalau saya tak dapat balik barang saya pun, sekurang-kurangnya saya berharap orang ramai berhati-hati dengan dua individu ini," katanya.
Sumber – Harian Metro
|
|