View: 92909|Reply: 2
|
Kremlin nafi laporan WSJ, rundingan rahsia Musk-Putin
[Copy link]
|
|
MOSCOW: Kremlin hari ini menafikan laporan The Wall Street Journal (WSJ) bahawa Presiden Russia, Vladimir Putin dan bilionair Amerika Syarikat (AS), Elon Musk menjalin hubungan secara rahsia sejak 2022.
"Berita yang disiarkan di akhbar itu sama sekali tidak benar," kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov kepada wartawan.
WSJ dalam laporannya mendakwa Putin membincangkan hal peribadi dan politik dengan individu terkaya di dunia yang turut menyokong kempen pilihan raya Donald Trump menerusi pendanaan dan mesej di platform Xnya.
Laporan itu mendakwa Putin meminta Musk mengelak daripada mengaktifkan perkhidmatan internet satelit Starlinknya di Taiwan sebagaimana diminta pemimpin China, Xi Jinping.
Peskov berkata, Putin pernah berhubung menerusi telefon dengan Musk sebelum 2022.
"Ia adalah perbualan serius. Mereka bercakap mengenai teknologi yang lebih berwawasan dan untuk masa depan.
'Panggilan telefon antara mereka agak panjang. Itu satu-satunya komunikasi membabitkan keduanya.
"Selepas itu tidak ada hubungan antara Putin dan Musk. Semua dakwaan ini adalah palsu," katanya.
Peskov berkata, laporan AS itu kemungkinan besar adalah satu lagi cerita palsu ketika kempen pilihan raya AS.
"erlumbaan hampir ke garisan penamat dan pihak lawan akan tunduk dengan apa cara sekalipun.
"Seminggu lalu, mereka berkata Putin berbual dengan Trump sepanjang hari, kini dia dikatakan bercakap dengan Musk," kata Peskov yang merujuk kepada buku bertajuk 'War' karya Bob Woodward yang diterbitkan bulan ini.
Petikan buku itu mendakwa Trump secara rahsia menghantar kit ujian COVID-19 kepada Putin dan bercakap beberapa kali dengan pemimpin Russia itu selepas meninggalkan Rumah Putih.
Peskov mengesahkan Trump menghantar kit terbabit kepada Putin, namun menafikan sebarang panggilan antara mereka. - AFP
SUMBER : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Malangnya masih ramai yang memuja elon musk. Kebolehan dia cumalah ego melampau,mengambil kesempatan atas usaha orang lain dan memanipulasi orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysian ingat heshe mahu buka gigafactory memang hillarious... |
|
|
|
|
|
|
| |
|