View: 27542|Reply: 2
|
BlackBerry Tubuhkan Ibu Pejabat Keselamatan Siber Serantau Di Cyberjaya
[Copy link]
|
|
BlackBerry Ltd telah mengumumkan bahagian keselamatan siber firma teknologi yang berpangkalan di Kanada itu menubuhkan ibu pejabat serantaunya untuk rantau Asia Pasifik di Malaysia.
Ibu pejabat yang berpangkalan di Cyberjaya itu telah beroperasi sepenuhnya dan ia mengambil peluang daripada lokasinya yang berhampiran dengan hab teknologi baru muncul dan infrastruktur kerajaan.
Memetik dari Berita Harian, BlackBerry bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber, iaitu kemudahan latihan bertaraf dunia untuk membantu meningkatkan kemahiran tenaga kerja negara.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengalu-alukan keputusan BlackBerry untuk menubuhkan ibu pejabat wilayah di Malaysia.
"Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada Malaysia tetapi akan membolehkan rantau ini memanfaatkan penyelesaian keselamatan siber termaju yang ditawarkan oleh BlackBerry."
Naib Presiden Keselamatan Siber BlackBerry di Asia Pasifik, Tash Stamatelos, berkata Malaysia adalah pasaran yang penting secara strategik untuk BlackBerry.
"Kami berbangga untuk menubuhkan ibu pejabat Asia Pasifik baharu di Malaysia sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan serantau.''
BlackBerry menyediakan perisian dan perkhidmatan keselamatan pintar kepada perusahaan dan kerajaan di seluruh dunia.
SUMBER : Berita Harian, Beautifulnara |
|
|
|
|
|
|
|
Apa sudah jadi yang ada di indonesia? |
|
|
|
|
|
|
| |
|