CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30011|Reply: 6

Pasukan HADR Malaysia hantar bantuan untuk mangsa taufan Trami di Filipina

[Copy link]
Post time 29-10-2024 08:02 AM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Pasukan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) Malaysia telah menghantar bantuan ke Wilayah Bicol di selatan Luzon, Filipina, yang dilanda banjir teruk susulan Taufan Tropika Kristine (Trami).


Dalam satu kenyataan media, Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan bahawa pasukan HADR Malaysia, terdiri daripada 16 kru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), berlepas dari Pangkalan Udara Villamor di Manila pada pukul 9 pagi Isnin menuju ke kawasan Bicol untuk menghantar bekalan bantuan.


Ia berkata misi kedua yang dijadualkan pada1.30 tengah hari Isnin telah dibatalkan akibat cuaca buruk.


"asukan akan meneruskan operasi bantuan esok (Selasa), dengan jadual penerbangan pada 7 pagi dan 12 tengah hari.


"asukan HADR melaporkan bahawa kebanyakan kawasan Bicol masih ditenggelami banjir. Walau bagaimanapun, keadaan semasa membolehkan operasi berjalan dengan selamat," menurut kenyataan media itu.







Kementerian Luar memaklumkan bahawa pasukan HADR Malaysia tiba dengan selamat di Pangkalan Udara Villamor di Manila pada 26 Okt. Pasukan itu disambut oleh Setiausaha Pertahanan Nasional Filipina Gilberto Teodoro Jr, Duta Besar Malaysia ke Filipina Datuk Abdul Malik Melvin Castellino, Atase Pertahanan Malaysia ke Filipina Kol. Ahmad Jafri Zulyadai, serta pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Manila.


Kementerian Luar dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Angkatan Tentera Malaysia, terus memberikan bantuan kepada Filipina susulan Taufan Tropika Kristine (Trami).


Sementara itu, kementerian memaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Manila, dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia turut memudah cara kutipan sumbangan daripada perniagaan Malaysia dan pegawai kedutaan.


"Bahan makanan asas, termasuk beras dan makanan dalam tin, telah disumbangkan kepada Palang Merah Filipina dan Jabatan Kebajikan Sosial dan Pembangunan pada 25 Oktober," katanya.


Sementara itu, Kementerian Luar memaklumkan bahawa Ketua Staf Angkatan Tentera Filipina (PAF) telah mengadakan satu sesi untuk menyatakan penghargaan kepada negara-negara yang memberikan bantuan, termasuk Malaysia, Brunei dan Singapura pada Isnin.


Ketua Staf PAF secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) atas penghantaran satu helikopter EC725 dan kru, serta menyatakan penghargaan kepada Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dan Tentera Udara Diraja Brunei, atas sokongan pantas dan penting mereka.


Taufan Tropika Kristine membawa hujan lebat, menyebabkan banjir besar, tanah runtuh dan perpindahan besar-besaran penduduk di kawasan yang terjejas.


Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Nasional Filipina (NDRRMC) memaklumkan bahawa jumlah kematian akibat banjir dan tanah runtuh yang dahsyat akibat Taufan Kristine telah meningkat kepada 116, dengan sekurang-kurangnya 39 orang masih hilang, lapor Xinhua.




SUMBER : – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
iols nyampah dgn pilak yg dtg sini. keje jadi hamba pun kemain berlagak..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
sebagai 'balasan'...dapatla PILAK.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Motif bantu pinoy sana? Serumpun kah?

Selama ni bertelagah isu sabah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Matyam replied at 29-10-2024 11:04 PM
Motif bantu pinoy sana? Serumpun kah?

Selama ni bertelagah isu sabah.

'KITA' fikir..bila kita buat baik..boleh la depa fikir kebaikkan kita..dan 'lepaskan' tuntutan ke atas Sabah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 29-10-2024 11:08 PM
'KITA' fikir..bila kita buat baik..boleh la depa fikir kebaikkan kita..dan 'lepaskan' tuntutan ke  ...

Sana kristian tegar ada hati nak berbaik ke.

Da norma area sana kena taufan. Biar je lah.

OT sikit, sejak kemenangan Knights templar di Granadar sana, mereka busuk hati menyerang Nusantara & menawan Filipina dan akhirnya mengkristian kan mereka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2024 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Matyam replied at 29-10-2024 11:17 PM
Sana kristian tegar ada hati nak berbaik ke.

Da norma area sana kena taufan. Biar je lah.

Itu la kita..:
baik kata kita...bodoh,lemah,lembik kata 'mereka'.Tengok la apa jd dlm negara sekarang ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.275032 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list