CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3583|Reply: 0

[Sarawak] Lebih RM10j naik taraf SK Rakyat Tupong

[Copy link]
Post time 30-10-2024 09:47 PM | Show all posts |Read mode
SK Rakyat Tupong bakal miliki blok bangunan baharu, kemudahan lain dengan peruntukan diluluskan itu



Abang Johari bergambar kenangan bersama murid-murid pada Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Ke-75 SK Rakyat Tupong hari ini.

“Murid-murid memerlukan ruang yang lebih baik untuk persekitaran pembelajaran yang kondusif.”

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg
Premier Sarawak

Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Sekolah Kebangsaan (SK) Rakyat Tupong di sini, bakal mempunyai blok bangunan baharu serta kemudahan lain dengan peruntukan lebih RM10 juta yang diluluskan oleh Kerajaan Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembinaan ini termasuk blok akademik, prasekolah, pusat sumber dan padang sekolah.
Ia katanya, bagi menyediakan kemudahan yang lebih baik untuk pelajar dan guru sekolah berkenaan.

“Murid-murid memerlukan ruang yang lebih baik untuk persekitaran pembelajaran yang kondusif.

“Maka itu, dicadangkan pembinaan blok baharu untuk sekolah ini yang dianggarkan bernilai RM8 juta dengan merangkumi pembinaan prasekolah, pusat sumber dan padang sekolah untuk anak-anak kita bersukan.

“Jadi, saya kata ‘go ahead ajaklah’ (teruskan  sahaja). Kita bina kesemuanya dan saya beri peruntukan lebih RM10 juta.

“Ini untuk masa masa depan anak-anak kita,” katanya pada Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Ke-75 SK Rakyat Tupong di sini, hari ini.

Abang Johari berharap projek pembangunan sekolah yang dibiayai oleh Kerajaan Sarawak ini dapat dimulakan tahun depan.

Beliau bersyukur dapat memberi peruntukan ini disebabkan ekonomi Sarawak yang semakin meningkat sejak tujuh tahun memimpin negeri ini.

“Alhamdulillah, ekonomi kita semakin meningkat. Sudah tujuh tahun saya menjadi pemimpin anda dan hasil negeri Sarawak telah bertambah dengan perancangan ekonomi yang teliti.

“Kita berjaya meningkatkan pendapatan negeri kerana perpaduan rakyat Sarawak.

“Apabila kita bersatu, pemimpin dapat memikirkan cara untuk membangunkan negeri dan pendapatan negeri juga meningkat,” katanya.

Menyentuh isu tanah bagi pembinaan padang sekolah yang berdekatan dengan projek kawasan parit dan tali air, Abang Johari mencadangkan agar saiz tanah kolam tali air dikecilkan.

“Manakala sebahagian lagi tanahnya diberikan kepada SK Rakyat Tupong. Namun saya juga mempunyai cara baharu iaitu menjadikan kolam tersebut sebagai tarikan landskap yang cantik dengan mempunyai air pancut bagi sekolah ini,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari turut mengumumkan khabar baik kepada Persatuan Alumni SK Rakyat Tupong sebanyak RM75,000 sempena meraikan ulang tahun ke-75 sekolah tersebut.

“Jadi, terpulanglah kepada mereka untuk menguruskan wang ini tetapi ia mestilah memberikan kebaikan kepada anak kita," katanya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Dato Fazzrudin Abdul Rahman, Pengarah Pendidikan Sarawak Datu Dr Azhar Ahmad, Pengerusi Persatuan Alumni SK Rakyat Tupong Awang Hambali Awang Hamdan, Guru Besar SK Rakyat Tupong Habsah Bujang dan tetamu kehormat lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.064123 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list