CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10924|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak kembalikan semula Pertandingan Trafik

[Copy link]
Post time 30-10-2024 09:54 PM | Show all posts |Read mode


Dr Jerip (duduk, tengah) bersama pegawai dan wakil agensi terlibat dalam Pertandingan Trafik Sarawak yang pertama yang akan diadakan di Miri pada 23 November depan.

MIRI: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pengangkutannya sedang dalam usaha menghidupkan dan mengembalikan semula pertandingan lalu lintas dengan matlamat untuk mendidik dan mendisiplinkan generasi muda mengenai keselamatan jalan raya.  

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Penerbangan dan Jalan Raya) Datuk Dr Jerip Susil pada sidang media di sini, hari ini memberitahu bahawa pertandingan itu pernah dipopularkan oleh syarikat minyak gergasi dunia Shell dan kali terakhir dianjurkan pada 2015.

Menyedari pentingnya generasi muda dididik dengan pengetahuan keselamatan jalan raya, maka Kerajaan Sarawak menghidupkan semula pertandingan itu dan menjenamakannya sebagai ‘Sarawak Traffic Games’ (Pertandingan Trafik Sarawak) ujarnya lanjut.

“Saya dengan bangganya mengumumkan bahawa bahagian Miri akan menjadi tuan rumah bagi menganjurkan Pertandingan Trafik Sarawak yang pertama pada 23 November 2024.

“Pertandingan ini akan memulakan beberapa siri acara yang diadakan dari November 2024 hingga November 2025 di bahagian lain termasuk Kuching, Sri Aman, Sibu, Sarikei dan Bintulu.

"Inisiatif pertandingan ini bertujuan meningkatkan pendidikan keselamatan jalan raya melalui format pertandingan berstruktur.

“Acara tahunan itu akan dimulakan di peringkat antara sekolah dan diteruskan ke pertandingan bahagian, berakhir dengan pertandingan keselamatan jalan raya peringkat negeri," tambahnya.

Beliau memberitahu, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin menekankan kepentingan inisiatif ini dalam mempromosikan kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan belia di negeri ini dan kementerian itu bertekad mengembalikan semula pertandingan itu.

Menurut Dr Jerip lagi, untuk mengadakan pertandingan itu, kementerian akan menggunakan taman trafik yang telah sedia ada di Kuching, Sri Aman, Sibu, Bintulu, Miri dan Sarikei, yang dibangunkan khusus untuk memudahkan permainan trafik.

"Sekiranya kami menerima maklum balas positif terhadap acara ini, mungkin terdapat peluang untuk taman trafik tambahan di bahagian lain," katanya.

Dr Jerip menegaskan, Pertandingan Trafik Sarawak mempunyai tiga objektif utama.

Pertama adalah untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dengan mendidik pelajar sekolah rendah dan menengah tentang peraturan lalu lintas yang penting, tanda jalan serta amalan selamat untuk pejalan kaki, penunggang basikal dan pemandu.

Kedua ialah menggalakkan penyertaan aktif melalui hands-on, interaktif simulasi yang menggalakkan kerja berpasukan dan pemikiran kritis manakala yang ketiga adalah untuk menyemai perubahan tingkah laku jangka panjang, melengkapkan peserta dengan kemahiran untuk menyokong keselamatan dalam komuniti mereka.

“Penyelaras utama bagi permainan trafik ini ialah Kementerian Pengangkutan Sarawak dengan Pejabat Residen bertindak sebagai penyelaras bahagian.

“Kami komited untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi dan rakan sektor swasta bagi memastikan kejayaan inisiatif ini,” katanya.

Dr Jerip menambah, Pertandingan Trafik Sarawak pertama di Miri pada 23 November depan akan melibatkan lima sekolah menengah dan lima sekolah rendah di sini.

Sekolah tersebut ialah SMK Chung Hua, SMK St Joseph, SMK St Columba, SMK Dato Permaisuri, SMK Lutong, SK Jalan Bintang, SK Sayed Othman, SK Miri, SJKC Chung Hua Miri dan SJKC North.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.480189 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list