CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23616|Reply: 0

[Sarawak] MBM galak orang ramai muat turun aplikasi ‘Sarawak Smart City’

[Copy link]
Post time 30-10-2024 10:36 PM | Show all posts |Read mode


Aplikasi mudah alih yang menawarkan pelbagai perkhidmatan oleh majlis tempatan untuk kemudahan awam.

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) menggalakkan orang ramai untuk memuat turun aplikasi mudah alih ‘Sarawak Smart City’ bagi membolehkan mereka menikmati perkhidmatan yang ditawarkan oleh pohak majlis.

Di bawah aplikasi tersebut, pelbagai perkhidmatan disenaraikan seperti Smart Truck, Smart Bus, Smart Drain, Miri Cares, Safe City & Safe Park, Miri Tourism, Digital Signages, Borneo Parking System dan e-Local Authority 2(eLA2) yang boleh diakses dengan mudah oleh orang ramai.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii, menjelaskan bahawa aplikasi mudah alih itu merupakan inisiatif yang ditawarkan oleh pihak majlis untuk digunakan bagi memudahkan kehidupan.

“Inisiatif Miri Smart City Proof of Concept (POC) telah dimulakan pada September 2019 dengan perbincangan awal pertama diadakan pada 13 September 2019, di antara MBM dan Sarawak Informaiton Systems Sdn Bhd (SAINS) dan telah dilancarkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 12 April 2021.

“Sejak itu, MBM dengan kerjasama Institut Teknologi Sains dan Riam (RiamTech) telah menganjurkan aktiviti promosi untuk menggalakkan orang ramai memuat turun aplikasi mudah alih ‘Sarawak Smart City’ sama ada dari Google, Apple ataupun Huawei,” kata Yii dalam kenyataannya di sini, hari ini.  


Logo aplikasi Sarawak Smart City.

Beliau yang juga ADUN Pujut berkata, aplikasi Smart Drain, pula membolehkan penduduk memantau paras air, kadar aliran yang memberikan makluman masa nyata sebelum banjir berlaku dan mencari pusat pemindahan banjir untuk kesiapsiagaan banjir yang lebih baik.

“Pada masa ini penderia IoT (Internet of Things) telah dipasang di lima lokasi iaitu MCOT (Miri Crude Oil Terminal) Lutong; Jambatan Piasau, Padang Kerbau, Sungai Dalam dan Taman Tunku,” katanya, sambil menambah,  memandangkan kawasan ini merupakan kawasan yang sering dilanda banjir.

Manakala applikasi Smart Truck (Trak Pintar), jelasnya, membolehkan orang ramai dalam zon kutipan tertentu mengetahui jadual kutipan sampah di kawasan mereka.

Selain itu, orang ramai akan dapat melihat anggaran masa ketibaan lori sampah di kawasan mereka. Pemberitahuan juga akan dihantar kepada pengguna semasa hari pengumpulan.

Kamera papan pemuka dipasang di dalam lori bagi memantau penempatan tong sampah oleh penduduk semasa aktiviti mengutip sampah. Pergerakan trak akan direkodkan. Tarikh kutipan kemudiannya akan digunakan untuk merancang kekerapan dan kawasan kutipan sisa yang dioptimumkan. Prestasi kontraktor kutipan sisa akan dinilai dengan tepat juga, melalui aplikasi.

Manakala di bawah inisiatif Safe City & Safe Park, Yii berkata, sebanyak 147 unit kamera litar tertutup (CCTV) pintar dan 27 unit butang panik SOS telah dipasang di beberapa taman awam bagi meningkatkan keselamatan awam dan tindak balas kecemasan.

Taman-taman tersebut ialah Taman Awam Miri, Kipas Bandar Miri, Taman Bulatan dan Wireless Walk. Rakaman CCTV dan butang panik SOS dipantau oleh Pusat Arahan Bandar Pintar Miri (MSCCC) di bawah majlis itu.

Bagi e-Local Authority 2 (eLA2), tambahnya, ia membantu memperkemaskan penyampaian perkhidmatan awam dan menambah baik pemprosesan perniagaan majlis tempatan dengan menggunakan mekanisme e-dagang dan e-pembayaran untuk orang ramai membayar bil taksiran, caj tempat letak kereta, yuran lesen dan caj lain yang dikenakan oleh pihak majlis ada perkhidmatan dalam talian seperti e-booking (untuk menempah kemudahan majlis), e-submission (untuk menghantar pelan bangunan) dan lain-lain.

Bagi meningkatkan interaksi dengan orang ramai, Miri Cares ialah aplikasi yang membolehkan orang ramai berinteraksi dan memberi maklum balas untuk menambah baik pemantauan dan penyelesaian kes MCC.

“Orang ramai boleh berkomunikasi dengan MSCCC kami dengan menghantar maklumat atau maklum balas menggunakan e-mel (MSCC@miri council.gov.my), aplikasi WhatsApp (019214 4600) atau menghubungi 085-424 600 dan bercakap dengan ejen MSCCC yang beroperasi 24 jam, tujuh hari minggu,” tambahnya lagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.045841 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list