CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26762|Reply: 1

[Sarawak] Disyaki buang bayi, lelaki 44 tahun dan remaja bawah umur ditahan

[Copy link]
Post time 30-10-2024 10:41 PM | Show all posts |Read mode


Bayi yang masih hidup ditemui orang awam di tepi Jalan Tong Sang, Sibu pagi tadi.

SIBU: Dua individu iaitu lelaki, 44, dan remaja perempuan, 14, ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan bayi lelaki di Jalan Tong Sang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkilli Suhaili berkata, tindakan pantas pihak polis menjalankan siasatan telah membawa kepada penangkapan kedua-dua individu tersebut.

“Kedua-dua suspek ditahan untuk membantu siasatan dan akan dipohon reman pada 30 Oktober 2024 bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, bayi tersebut ditemui dalam keadaan lemah di dalam bekas penyimpanan ikan berhampiran tempat pembuangam sampah sekitar jam 8.30 pagi itu.

"Pihak polis percaya mampu menyelesaikan kes dalam tempoh 24 jam dengan tertangkapnya kedua-dua suspek," katanya.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan siasatan awal, katanya bayi yang ditemukan bersama uri dan tali pusatnya itu disyaki baru dilahirkan dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

"Bayi tersebut kini dirawat di Hospital Sibu dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil dengan berat 1.48 kilogram," dedahnya.

Zulkipli turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini untuk tampil memberikan maklumat dengan menghubungi talian 084-364373 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Zam Zam Ismail, di talian 014-9067909.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2024 10:59 PM | Show all posts
Bayi lelaki ditemui di tempat pembuangan sampah di Sibu



Bayi yang masih hidup ditemui orang awam di tepi Jalan Tong Sang, Sibu pagi tadi.

SIBU: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di dalam bekas penyimpanan ikan di kawasan pembuangan sampah di tepi Jalan Tong Sang di sini, hari ini.

Kejadian berlaku sekitar jam 9 pagi apabila orang ramai berkumpul melihat bayi tersebut tertiarap dalam keadaan lemah.

Seorang saksi bersama rakannya segera membawa bayi itu ke sebuah pusat perubatan swasta berhampiran.

Difahamkan, bayi itu masih bernyawa semasa ditemui dan bayi tersebut dirujuk ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut.

Bayi tersebut kini ditempatkan di Wad Kecemasan Bayi Baharu Lahir (NICU) Hospital Sibu di bawah pemantauan rapi pegawai perubatan.

Menurut sumber, bayi lelaki berkulit putih itu dianggarkan seberat 1.43 kilogram dan memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pemeriksaan menunjukkan bayi itu tidak mengalami kecacatan fizikal dan dipercayai lahir secara normal berdasarkan keadaan tali pusat dan uri yang masih ada.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam kes pembuangan bayi itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili ketika dihubungi mengesahkan satu laporan telah diterima mengenai kes tersebut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi yang boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," tambahnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.063271 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list