CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41757|Reply: 0

[Sabah] 730 sertai kayuhan santai Isuzu Fun Ride 2024

[Copy link]
Post time 31-10-2024 09:45 PM | Show all posts |Read mode


KAYUH: Chok dan tetamu jemputan lain melepaskan peserta kayuhan santai Isuzu Fun Ride 2024.



KENANGAN: Chok merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan semasa acara terbabit.



MERIAH: Acara kayuhan santai Isuzu Fun Ride 2024 mendapat penyertaan seramai 730 peserta.

KOTA KINABALU: Isuzu Fun Ride 2024 mencatatkan jumlah peserta paling ramai setakat ini dengan melibatkan 730 orang pengayuh.

Pengarah Urusan Universal Motor, Datuk Chok Yun Kiong berkata, jumlah peserta ini meningkat hampir dua kali ganda berbanding tahun lalu ketika ia pertama kali dianjurkan.

“Acara kayuhan santai yang dikelolakan Universal Motor iaitu pengedar Isuzu di Sabah meneruskan kejayaan penganjuran acara sama pada tahun lalu yang menyaksikan semua peserta menikmati pengalaman kayuhan di dalam kawasan bandar yang sibuk dan diiringi oleh marshal,” katanya semasa melepaskan kayuhan santai di sini.

Turut hadir Pengurus Besar Isuzu Malaysia (LCV) Jennifer Tan serta diserikan oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah, Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Roland Chia, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud, Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam Datuk Peto Galim, wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) Superintendent Wong Leong Meng, Naib Presiden Persatuan Berbasikal Kota Kinabalu Gilbert Wong serta wakil Lembaga Pelancongan Sabah Jeffrey Jimit dan Haryanty Abu Bakar.

Chok berkata, acara kayuhan santai tahun ini merentasi laluan sejauh 45 kilometer yang melalui kawasan pusat bandar melintasi bangunan ikonik seperti Menara Kinabalu, Jesselton Point dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) sebelum kembali ke pusat 3S utama Universal Motors di Kalasanan melalui Jalan Lintas.

“Pada penghujung acara, peserta kembali ke bilik pameran Isuzu untuk menikmati hidangan sarapan yang dibuka pelbagai gerai serta cabutan bertuah yang menawarkan 40 hadiah menarik,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.451027 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list