CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40984|Reply: 0

[Sarawak] Pengedar, 26 penagih dadah dicekup di Bintulu

[Copy link]
Post time 31-10-2024 10:35 PM | Show all posts |Read mode


Suspek-suspek yang berjaya dicekup pihak polis dan operasi serbuan yang dijalankan pada Selasa dan Rabu.
BINTULU: Seorang pengedar dadah dan 26 penagih dadah dicekup dalam Operasi Khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak dalam serbuan terancang di bahagian ini pada Selasa dan Rabu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superitenden Nixon Joshua Ali berkata, suspek pengedar dadah itu akan disiasat di bawah Seksyen  39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Turut dirampas adalah 20 gram dadah jenis Methamphetamine (syabu) yang boleh digunakan untuk 30 hingga 40 orang penagih," katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Beliau berkata, operasi membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah Bintulu merupakan usaha berterusan bagi menyekat permintaan, bekalan dadah serta memberi kesedaran kepada masyarakat setempat agar menjauhi gejala dadah.

Tegasnya, operasi ini bukan sahaja untuk menangkap pembekal tetapi juga pengedar, penagih dadah dan ahli-ahlinya yang terlibat bagi memastikan mereka dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan.


Suspek-suspek yang berjaya dicekup pihak polis dan operasi serbuan yang dijalankan pada Selasa dan Rabu.

"Kita juga melaksanakan pengumpulan maklumat risikan untuk mengenal pasti pengedar dadah yang terlibat dan punca sumber bekalan dadah.

"Beberapa lokasi telah diserbu dan diperiksa sepanjang operasi ini," jelasnya.

Beliau berkata, operasi tersebut melibatkan JSJN Kontinjen Sarawak, JSJN Sibu dan JSJN Bintulu.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertekad untuk memerangi habis-habisan dadah yang merupakan musuh nombor satu negara.


Suspek-suspek yang berjaya dicekup pihak polis dan operasi serbuan yang dijalankan pada Selasa dan Rabu.

"Kita berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah melalui Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu di talian 086-318304 atau JSJN IPD Bintulu," katanya.


Suspek-suspek yang berjaya dicekup pihak polis dan operasi serbuan yang dijalankan pada Selasa dan Rabu.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.732526 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list