CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41318|Reply: 0

[Sarawak] Peduli Veteran MADANI 2024 santuni 205 veteran ATM

[Copy link]
Post time 31-10-2024 10:38 PM | Show all posts |Read mode


Adly (kanan) menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan kepada Benedict di kediamannya di Taman Tunku, Miri petang Khamis.

MIRI: Seramai 205 orang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara termasuk 21 orang dari daerah Miri telah disantuni di bawah program Peduli Veteran MADANI (PVM) 2024.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, di bawah program ini kebajikan dan kesejahteraan veteran ATM akan terus diberi keutamaan oleh kerajaan.

"PVM merupakan inisiatif yang mencerminkan Kementerian Pertahanan sebagai sebuah organisasi yang sentiasa peduli dan cakna terhadap kebajikan dan kesejahteraan veteran ATM.

"Justeru pada siri jelajah ke-11 dan yang terakhir untuk PVM 2024 ini, kita telah menyantuni seramai 21 veteran di daerah Miri untuk bertanya khabar dan melihat sendiri keadaan (rumah), pendidikan anak-anak dan status kesihatan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyantuni veteran ATM Benedict Balasingam di kediamannya di Taman Tunku di sini, petang Khamis.

Sehubungan itu, Adly menyarankan semua veteran ATM supaya mendaftar dan sentiasa mengemas kini maklumat peribadi mereka dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM serta persatuan-persatuan di lokaliti masing-masing bagi memastikan semua skim bantuan yang diberikan oleh kerajaan dapat disalurkan kepada mereka.

Katanya, antara bantuan yang dapat disalurkan kepada veteran yang berkelayakan adalah seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), bantuan persekolahan, bantuan kemasukan ke institut pengajian tinggi, bantuan peralatan pesakit dan bantuan bencana.

"Oleh itu, semua veteran disarankan supaya mendaftar dan mengemas kini maklumat peribadi dengan JHEV atau persatuan di kawasan masing-masing untuk memastikan semua bantuan yang diberikan oleh kerajaan dapat disalurkan kepada mereka yang berkelayakan.

"Kita berharap melalui kerjasama dengan pihak JHEV dan persatuan-persatuan veteran, mulai tahun lepas, tahun ini dan ke depan, tidak akan ada lagi veteran-veteran yang langsung tidak mempunyai pendapatan, paling tidak pun RM500 sebulan bagi menampung keperluan kehidupan mereka," ujar beliau lanjut.

Menurut Adly, terdapat seramai 16,773 orang veteran ATM di daerah Miri dan daripada jumlah itu, 10,218 merupakan veteran berpencen, 4,964 tidak berpencen dan bakinya 1,591 penerima pencen terbitan.

Manakala 21 veteran yang disantuni kali ini terdiri daripada lima balu veteran, seorang isteri veteran, dua anak veteran dan 13 veteran termasuk seorang penerima pingat Panglima Gagah Berani (PGB) iaitu Sarjan James Mersing Imang dari Rejimen Renjer Diraja.

Pada lawatan itu, beliau telah menyerahkan sumbangan berupa barang keperluan seperti bakul makanan, susu kesihatan, lampin pakai buang dan peralatan kesihatan kepada setiap veteran dan keluarga yang dilawati.

Untuk rekod, Benedict, 73, yang berpangkat Laskar Kelas 1 pernah berkhidmat selama 13 tahun iaitu pada 1970 hingga 1983 dengan ATM dalam pasukan Kejuruteraan Laut.

Hadir sama ialahTimbalan Ketau Pengarah JHEV Sophian Isswandy Ismail dan Pengarah JHEV Sarawak Mejar Steven Kadir.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.082848 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list