CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41541|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki dikhuatiri lemas setelah dipercayai terjatuh di Jambatan Sungai Maong

[Copy link]
Post time 31-10-2024 10:43 PM | Show all posts |Read mode


Operasi SAR di lokasi kejadian lelaki yang dikhuatiri lemas setelah dipercayai terjatuh di Jambatan Sungai Maong, Kampung Gita Lama, hari ini.

KUCHING: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh di Jambatan Sungai Maong, Kampung Gita Lama, hari ini.

Menurut saksi, mangsa yang berusia 34 tahun dilihat cuba menyelamatkan diri sebelum hilang dipercayai dihanyutkan arus deras.

“Nampak dia (mangsa) cuba menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing dalam keadaan tenggelam timbul.

“Kami segera ambil perahu, tetapi selepas itu dia tidak lagi kelihatan dan arus sungai juga deras ketika itu,” katanya yang ditemui pemberita.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilancarkan sebaik sahaja laporan berhubung kejadian itu diterima pada jam 8.52 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Sarawak berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

Sehingga berita ini ditulis, mangsa belum dijumpai dan operasi SAR masih dijalankan.

Turut sama dalam operasi SAR ialah Pasukan Polis Marin (PPM), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.058621 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list