CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41630|Reply: 0

[Sarawak] MDL tarik balik lesen pengusaha premis makanan jika kekal Gred C

[Copy link]
Post time 31-10-2024 10:46 PM | Show all posts |Read mode


Sufian (empat kiri) menyerahkan sijil penyertaan kepada pemilik Restoran Hajah Saibah Limbang.

LIMBANG: Majlis Daerah Limbang (MDL) tidak teragak-agak untuk menarik lesen pengusaha  premis makanan Gred C jika masih tidak meningkatkan aspek kebersihan sehingga mendapatkan Gred A.

Wali Kotanya Kaunselor Sufian Mohat berkata, amaran dan teguran akan diberikan kepada mereka agar berusaha untuk mendapatkan gred A bagi premis makanan mereka.

“Kita amat menggalakkan premis makanan Gred C untuk meningkatkan tahap kebersihan premis dari aspek penyediaan makanan dan minuman kepada orang ramai.

“Ini kerana aspek kebersihan amat penting dan perlu dititikberatkan, sekali gus meningkatkan kesedaran pengusaha restoran untuk mendapatkan pengiktirafan kepada Gred B dan A,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Sufian menjelaskan, 12 daripada 60 premis makanan di Limbang menerima penilaian Gred A sekali gus menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas.

Penilaian Gred A itu adalah hasil dari penilaian dan pematuhan garis panduan dan polisi yang ditetapkan pihaknya melalui pemeriksaan yang dilakukan terhadap premis makanan di daerah ini, ujarnya.

Jelasnya, pada penilaian tersebut 17 premis makanan menerima Gred B, manakala 11 premis makanan menerima Gred C.

“Kita berbangga kerana berdasarkan laporan dan juga maklum balas daripada pelancong luar, Limbang ini mempunyai restoran yang agak bersih berbanding di tempat lain.

“Kita rasa ini adalah satu satu produk yang kita ketengahkan kepada pelancong-pelancong luar yang berkunjung ke Limbang kerana kita tahu makanan di Limbang sedap dan salah satu pilihan utama mereka,” katanya.

Katanya lagi, pihaknya akan mempromosikan kesemua 12 premis makanan Gred A di Limbang kepada pelancong dan pengunjung luar, selain melalui media sosial dan platform MDL.

Terdahulu, beliau turut menyerahkan sijil penyertaan kepada lebih 60 pengusaha premis makanan pada Program Premis Bersih 2024 di Perpustakaan Awam Limbang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.799208 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list