CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40686|Reply: 0

[Tempatan] Agihan gas: Kerajaan Sarawak sahkan rundingan PETRONAS, PETROS masih diteruskan

[Copy link]
Post time 1-11-2024 07:06 PM | Show all posts |Read mode
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1318631/agihan-gas-kerajaan-sarawak-sahkan-rundingan-petronas-petros-masih

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengesahkan perbincangan antara PETRONAS dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) mengenai pelaksanaan aturan agregator gas tunggal di bawah Ordinan Pengagihan Gas (DGO) masih berjalan.
Mengesahkan perkembangan itu, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi negeri, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata perbincangan itu perlu dimuktamadkan secepat mungkin.
"Kerajaan Sarawak mengulangi bahawa di bawah DGO, PETROS dilantik sebagai pengagregat gas tunggal.Tiada agregat gas lain di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi.
Julaihi berkata demikian sebagai maklum balas terhadap kenyataan PETRONAS petang semalam bahawa perbincangan dengan PETROS mengenai cadangan pelaksanaan DGO masih diteruskan.

PETRONAS berkata perbincangan berterusan bertujuan menyelaraskan kepentingan dan objektif semua pihak selain memelihara kesucian pengaturan kontrak sedia ada dan memastikan komitmen kepada pelabur serta pelanggan dapat terus dipenuhi.
Semalam, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg memaklumkan PETRONAS sudah menyelesaikan rundingan dengan PETROS mengenai pengagihan gas di Sarawak.

Abang Johari dilaporkan berkata PETRONAS memaklumkan perkara itu secara tidak rasmi kepada Julaihi, bahawa pada dasarnya bersetuju untuk PETROS sebagai agregat gas tunggal di negeri itu.
Kerajaan Sarawak sebelum ini memutuskan PETROS akan mengambil alih pembelian dan penjualan gas di negeri itu mulai 1 Julai.
Bagaimanapun, PETRONAS meminta lanjutan masa untuk berunding dengan PETROS kerana bimbang pengagihan gas ke Loji LNG di Bintulu akan terjejas.
Pada 28 Julai lalu, kerajaan Sarawak memberi tempoh lanjutan tiga bulan dan menetapkan 1 Oktober sebagai tarikh akhir untuk PETRONAS menyelesaikan isu berkenaan.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi negeri, Datuk Seri Julaihi Narawi.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.231223 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list