https://www.utusan.com.my/berita/2024/11/polis-jerman-buru-lelaki-tinggal-beg-berisi-bahan-letupan/#google_vignette
BERLIN: Polis Jerman memperluas operasi memburu seorang lelaki yang didakwa meninggalkan beg berisi bahan letupan di sebuah stesen kereta api Berlin. Suspek dilaporkan melarikan diri daripada pemeriksaan ID rutin di stesen metro Neukolln dalam kejadian petang kelmarin. Menurut kenyataan polis Berlin, lelaki terbabit melarikan diri melintasi landasan ketika pegawai polis cuba menahannya untuk pemeriksaan ID. Suspek turut meninggalkan beg mengandungi bahan letupan yang sangat berbahaya, menurut polis. Media tempatan melaporkan, bahan letupan itu dikenalpasti sebagai triacetone triperoxide (TATP). Pakar pemusnah bom memindahkannya dengan berhati-hati ke sebuah taman berdekatan dan berjaya dimusnahkan dengan selamat.- AGENSI Gambar hiasan
|