CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45765|Reply: 0

[Dunia] Israel dakwa Iran bakal balas dendam melalui Iraq

[Copy link]
Post time 1-11-2024 07:55 PM | Show all posts |Read mode
https://www.utusan.com.my/berita/2024/11/israel-dakwa-iran-bakal-balas-dendam-melalui-iraq/

TEL AVIV: Perisikan Israel mendakwa Iran mungkin sedang bersiap sedia untuk menyerang negara haram itu dari wilayah Iraq dalam tempoh terdekat.
Menurut Axios yang memetik dua sumber Israel mendakwa, serangan tersebut dijangka dilancarkan dari Iraq menggunakan sejumlah besar dron dan peluru berpandu balistik.
Laporan itu mendakwa, serangan itu akan dilakukan melalui kumpulan bersenjata yang disokong Iran di Iraq kerana Teheran mungkin berusaha mengelak serangan balas Israel terhadap sasaran strategiknya.
Israel dan Iran terlibat dalam beberapa siri serangan ketenteraan, sebahagian daripada peperangan Asia Barat yang dicetuskan oleh pertempuran di Gaza.
Minggu lalu, jet tentera Israel menyerang kilang peluru berpandu dan tapak lain berhampiran Teheran serta di barat Iran sebagai tindak balas kepada serangan lebih 200 peluru berpandu Teheran pada 1 Oktober lalu.

Jurucakap Kementerian Luar Iran berkata, Teheran akan menggunakan semua keupayaan yang ada untuk bertindak balas terhadap serangan Israel.- REUTERS

Gambar hiasan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.040919 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list