CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5540|Reply: 0

[Sabah] Bomba redah hutan, sungai lima kilometer selamatkan lelaki dihempap pokok

[Copy link]
Post time 4-11-2024 07:59 PM | Show all posts |Read mode




OPERASI: Pasukan bomba membawa mangsa ke Kampung Togudon menggunakan junkin stretcher.

PENAMPANG: Lapan anggota bomba terpaksa meredah hutan dan sungai sejauh lebih lima kilometer untuk menyelamatkan seorang lelaki yang cedera selepas dihempap pokok dalam kejadian di Kampung Togudon, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Zeno Tingalan berkata, mangsa berusia 46 tahun terbabit mengalamai kecederaan di  bahagian kepala dan tangan akibat dihempap pokok ketika menjalankan aktiviti memotong pokok di kebunnya.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.08 tengah hari.

“Sepasukan anggota dan pegawai diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Benny Lim bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 35 kilometer dari balai bomba.

"Jarak ke lokasi mangsa dihempap pokok dari jalan raya sejauh lebih lima kilometer dan pasukan bomba terpaksa meredah bukit dan sungai.

"Setiba di lokasi didapati mangsa stabil namun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, tindakan pasukan bomba memberi rawatan awal seterusnya membawa mangsa ke Kampung Togudon menggunakan junkin stretcher.

"Seterusnya mangsa diserahkan kepada ambulans KKM dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk rawatan lanjut.

"Operasi ditamatkan pada jam 4.16 petang selepas pasukan bomba memastian tiada bahaya lain wujud di lokasi kejadian," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.633211 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list