View: 12014|Reply: 18
|
Awak merepek apa, bila masa ada kes buli antara pelakon – Ahmad Idham
[Copy link]
|
|
Penerbit dan pengarah, Ahmad Idham menempelak kenyataan pelakon baharu yang mendakwa gejala buli antara artis senior dan junior masih berlaku di set penggambaran sehingga hari ini.
Menurut Ahmad Idham, 50, artis baharu yang mengeluarkan kenyataan itu disifatkan sebagai tidak memahami situasi sebenar buli.
“Awak merepek apa ini? Bila masa ada isu buli daripada pelakon senior?
“Mungkin awak tidak faham perbezaan antara dibuli dengan isu pelakon baharu macam awak yang tak faham apa itu lakonan,” selarnya dalam Instagram.
Bukan itu sahaja, Idham atau nama penuhnya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, mana-mana pelakon perlu memaklumkan sebarang kejadian buli yang berlaku di set penggambaran kepada pengarah dan bukannya menghebahkan kepada umum.
“Kepada anda yang masuk industri tanpa ilmu ini, pengarah adalah ketua kapal di set penggambaran.
“Sekiranya berlaku insiden buli oleh pelakon senior seperti dikatakan mamat seorang ini, boleh sahaja maklumkan kepada pengarah bukannya kepada pihak media.
“Nak dapat publisiti pun janganlah sampai wujudkan persepsi negatif ya,” ujarnya.
Bagaimanapun, pengarah filem Anak Perjanjian Syaitan itu tidak menyebut nama mana-mana pihak berkenaan isu yang disuarakannya.
Terdahulu, pelakon meningkat naik, Alif Muhaimin mendedahkan budaya buli dalam kalangan pelakon senior dan junior masih lagi berlaku sehingga hari ini.
Katanya, dia juga pernah berhadapan dengan situasi dibuli oleh kru produksi sehingga membuatkannya ingin berhenti berlakon.
SUMBER: – Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
open secret meehhh.. everyone knows.
pandai-pandai hidup kalau tanak kena pijak |
|
|
|
|
|
|
|
i sikit pon tak terkejut kalau budaya buli tu masih wujud sampai sekarang dlm industri seni en.idham oiii..
sedangkan secara terang2an pon i tengok artis2 berlumba2 membuli dan perli2 artis lain dalam media sosial.apatah lagi bila sesama mereka jer kat set. |
|
|
|
|
|
|
|
masa zaman kuasatek mungkin takde la kot..
tapi zaman sekarang bersepah je.. |
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN replied at 13-11-2024 02:44 PM
open secret meehhh.. everyone knows.
pandai-pandai hidup kalau tanak kena pijak
Ayat last tu ada dalam lagu hiphop lama yang dah berbelas tahun baru i dengar balik baru² ni lol lagu Budak² Zaman Sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh.. bdk tu x ckp kalau x pernah kena.. kau ni knp Ahmad Idham??? Dah la movie2 ko pon sendu semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat sebijik ayat2 penafian orang2 tua yang dok atas UPNM tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa aku percaya je cerita buli yg pelakon baru tu cakap...
it's happen wei.... dalam mana-mana industri pun... sama jeeee.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jebatmaspunyer at 20-11-2024 11:49 AM
Mentaliti & persepsi generasi yang berbeza.
Aku x adalah terlibat dgn dunia seni tp cam boleh relate bila aku & adik aku y beza 10 tahun belajar dengan guru y sama. Guru tu sangat garang.
Aku berterimakasih sbb cikgu tu buat aku terpaksa jadi pandai. Dari D dapat A dalam subjek y dia ajar sbb CIkgu tu betul2 buat aku fokus utk paham sbb dah x nak kena marah dgn dia dalam kelas.
Tapi adik aku tak suka cikgu tu. Dia terasa hati dengan cara cikgu tu mengajar sbb bagi dia cikgu tu garang & suka marah2 dia bila ada mistake which bg dia ada cara y lebih baik to address the mistake.
salah 1 sebab aku boleh terima cara cikgu tu adalah aku dah hadap dia di dalam & di luar bilik darjah. Dalam bilik darjah she's really passionate dlm mengajar. Betul2 bersungguh explain even benda tu dia dah explain 10 kali. Lepas waktu mengajar dia sweet jer. Cakap elok2. Cikgu tu jugak sekampung dgn aku jadi bila jumpa di majis2 kenduri dia happy jer bila jumpa atau disapa oleh student/ ex student dia. X pernah sombong atau tunjuk muka masam. Apa y aku cuba sampaikan kalau org tu pembuli atau bitchy, all the time dia akan treat another person bad tp ada stgh org bila berkerja sgtlah serius & garang tp attitude tu pasal kerja jer lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
tengok movie matdegham yang hero cinderella ke apa tah
yang poster dia sandar kat kereta tu
dah kertu pun berangan nak jadi hero lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Ehhh ye ke pocik? Cer cek wasap grup retis2 tu..rancakkk agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
belum lagi yg expose bab sexual harassment
|
|
|
|
|
|
|
|
confirm ramai yang kena!...tapi as usual org2 yang perasan 'senior' dalam industri ni akan nafi mati-matian
|
|
|
|
|
|
|
|
agreeeedddd....
2 generasi berbeza....pemahaman yang berbeza...
|
|
|
|
|
|
|
|
lebih baikla kene hempas2 skrip daripada kene ghosting satu pasukan crew... awal2 keje takkan la takde salah... kene taruh sikit dah lembik semua nak kene spoonfeed memang tak lama la ko keje situ |
|
|
|
|
|
|
|
masa kecil idham selalu dtg shooting kt kg weols..byk tahik lalat dia hehe..
|
|
|
|
|
|
|
|
rain2169 replied at 18-11-2024 08:21 AM
aku rasa aku percaya je cerita buli yg pelakon baru tu cakap...
it's happen wei.... dalam mana-mana ...
betul..mcm kita kerja ofis pun ada je yg buli membuli |
|
|
|
|
|
|
|
stended la budak baru kena buli. dalam porum ni pun newbie kena buli. kalau pangai tak semenggah asyik mintak suap malas membaca lagi la |
|
|
|
|
|
|
| |
|