CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50848|Reply: 16

’Reda segala pahit manis, dapat ketenangan saat bersujud’ - Diana Danielle

[Copy link]
Post time 15-11-2024 10:38 PM | Show all posts |Read mode





Apa-apa pun (keputusan) saya akan terima”.


Demikian kata pelakon Diana Danielle apabila diminta mengulas mengenai sebutan permohonan rujuk dan perceraian kali kedua yang akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 20 November ini.


Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeso, 33, bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan kes perceraian yang masih berjalan.


“Saya tidak akan komen apa-apa berkenaan perkara peribadi, cuma saya harapkan biarlah hasilnya positif. Tetapi saya akan terus berjuang dan terbang,” ujar Diana.


Sementara itu, Diana berkongsi dia memperoleh kekuatan untuk melalui episod gelap rumah tangga buat kali kedua dengan mendekatkan diri dengan Allah.


“Saya kalau boleh tidak mahu cakap tentang hal ini, nanti orang kata ingin tunjuk baik tetapi buat masa ini saya hanya fokus dengan solat sahaja. Apa sahaja pahit manis yang saya lalui, waktu bersujud itulah saya meluahkan apa yang dirasai dan daripada itu dapat ketenangan,” ujar Diana.


Selain itu, Diana yang juga bintang filem Imaginur menjelaskan kemelut rumah tangga banyak mengajarnya untuk menjadi Muslimah yang lebih baik.




“Sebenarnya kita tidak boleh bergantung kepada manusia sebab kita yang perlu bangunkan diri kita sendiri. Anak-anak adalah tunjang utama semangat saya, bukan saja kekuatan tetapi untuk menjadi lebih baik. Saya harap apa yang berlaku beri sinaran kepada semua pihak,” jelas Diana yang ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta cafe B&G Recipe, hari ini.


Terdahulu, Diana mengejutkan banyak pihak apabila memfailkan perceraian buat kali kedua selepas setahun kembali rujuk bersama suaminya, aktor Farid Kamil. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.




SUMBER: – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2024 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Cepat la cerai.. carik jer laki baru..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa2 keputusan, akan terima tu maksudnya kalau x jd cerai pun terima lah kan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bau2 uturn 2.0
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 02:46 PM | Show all posts
noor2: Apa2 keputusan, akan terima tu maksudnya kalau x jd cerai pun terima lah kan...

Kerana talak itu di tangan suami, kekadang isteri terpaksa tanggung penderitaan dn seksaan bathin dgn perlakuan suami.  Suami ambil mudah tunaikan tanggungjawab menjadi imam  dlm rumahtangga.  Isteri boleh bawa ketidakpuasan hatinya ke mahkamah syariah, namun hal begitu leceh. Melainkan aduan cukup bukti, perkara boleh diuruskan. Semoga pihak mahkamah syariah dpt memberi keadilan kpd DD dgn mengizinkan hak hakam.

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 02:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2024 02:48 PM | Show all posts
ada bau2 hancing nak uturn tu. eh macam takde jantan lain. dah ko malukan laki ko luar dalam kat media sosial sanggup ke ko uturn balik
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 03:59 PM | Show all posts
kalau betul uturn,  kuat benar jodoh dorg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2024 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Andai rasa nk meluah kt medsos di lain hari pi la mengadu kt sejadah hok hok.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
black_handbag replied at 17-11-2024 06:48 AM
ada bau2 hancing nak uturn tu. eh macam takde jantan lain. dah ko malukan laki ko luar dalam kat med ...

Laki dia sanggup je terima. Laki dia pun kemain malukan dia dulu siap tuduh ada boipren, etc.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni mcm sjenis selekeh
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
dah rujuk kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 01:42 PM | Show all posts
tak jadi cerai pulak dah? ritu macam nekad sangat dah siap announce sekelian alam.

buang masa loyer & mahkamah je la ko ni. banyak lagi kes besar2 lain berderet tunggu turn..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 01:56 PM | Show all posts
aku gelak je
sah ada penyakit mental ni
ko ingat court tu macam kedai acheh ke apa
time menggila ko update status p court semua
time suwet suwet elok balik.
yang kuban kuban je
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
LoveSungmin replied at 20-11-2024 01:14 PM
dah rujuk kan?

Rujuk kat mana nak baca tu..rsa mcm td baru baca igs dia tp xda pulak menjurus pd rujuk ke aku yg tapaham
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2024 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
apedehal replied at 20-11-2024 01:59 PM
Rujuk kat mana nak baca tu..rsa mcm td baru baca igs dia tp xda pulak menjurus pd rujuk ke aku yg  ...

i tengok kat tiktok tadi tapi tak faham juga ada yang komen kata rujuk untuk penceraian yang sebelum ni sebab kalau tak silap, dorang tak daftar kan? kena sahkan rujuk tu dulu baru boleh bercerai lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 02:49 PM | Show all posts
LoveSungmin replied at 20-11-2024 02:43 PM
i tengok kat tiktok tadi tapi tak faham juga  ada yang komen kata rujuk untuk penceraian yang ...

ye betullll.. rujuk utk kes yg sebelum ni. sebab tak register jd kena setel bab rujuk dulu baru failkan cerai terbaru ni.. bukan dorang rujuk kembali lepas cerai kali kedua ni.. dd ni kdg kesian, kdg ntahpape.. suka naw jaja cerita meroyan kt igs.. sikit2 sudah la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.057402 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list