CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9608|Reply: 0

[Sarawak] Tuai rumah dikhuatiri lemas, bot dinaiki karam di Sungai Rajang

[Copy link]
Post time 21-11-2024 03:15 PM | Show all posts |Read mode


SAR mencari TR Bubut Benang (gambar sisipan) dilancarkan hari ini.

KAPIT: Seorang Tuai Rumah dilaporkan hilang selepas bot fiber yang dinaikinya karam akibat melanggar batu jeram di kawasan Nanga Makoh, Batang Rajang, petang Selasa.

Mangsa, Bubut Benang berusia 57 tahun yang merupakan tuai rumah Lepong Ibau, bersama dua rakan sekerja sedang dalam perjalanan pulang dari tapak pembinaan di Nanga Benin ke pekan Kapit sekitar jam 5.00 petang.

Berdasarkan maklumat awal, bot fiber dengan enjin 15hp (kuasa kuda) yang dinaiki mereka dipercayai karam selepas melanggar batu jeram yang tersembunyi di bawah permukaan air deras.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit Timoty Barat berkata, dua mangsa terselamat dengan bantuan penduduk kampung berhampiran, namun Bubut masih belum ditemui.

"Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) telah dimulakan pagi ini, dengan pencarian meliputi radius dua kilometer dari lokasi kejadian. Operasi menggunakan kaedah pencarian permukaan air," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



SAR hari pertama telah dimula jam 8.00 pagi ini bermula dari pekan Kapit menghala ke hulu sungai Batang Rajang hingga ke Nanga Makoh dan ke tapak pembinaan di Nanga Benin dengan kaedah water surface searching dalam radius 2km dari tempat kejadian.


Katanya, operasi SAR disertai oleh anggota BBP Kapit, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), kakitangan pejabat daerah, serta 15 penduduk kampung termasuk dua ahli keluarga mangsa yang menggunakan bot persendirian.

Jelas Timoty, kawasan kejadian yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pekan Kapit berada di hilir Jeram Pelagus, lokasi yang terkenal dengan laluan sungai berbatu besar dan arus deras, menjadikan ia berbahaya untuk dilalui, terutamanya pada waktu malam.

Beliau turut menyeru penduduk kampung dan pihak berkuasa tempatan untuk memberi kerjasama serta sebarang maklumat yang boleh membantu usaha pencarian mangsa.

“Operasi akan diteruskan sehingga mangsa berjaya ditemui. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” tambah beliau.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.086742 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list