CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11738|Reply: 0

[Sarawak] PBB usul nama DUN Ba'Kelalan ditukar kepada DUN Gunung Murud

[Copy link]
Post time 21-11-2024 03:22 PM | Show all posts |Read mode


Steve membaca usul pada Mesyuarat Perwakilan PBB Cawangan Ba’Kelalan baru-baru ini.

LAWAS: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Ba’Kelalan mengusulkan agar nama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’Kelalan ditukar kepada DUN Gunung Murud.

Ketua Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Ba’Kelalan Steve Lius menjelaskan bahawa penukaran nama kerusi itu adalah bagi mengelakkan nama yang sama dengan Kampung Ba'Kelalan.

“Kerusi DUN Gunung Murud kelak akan dipertandingkan atas tiket PBB,” katanya pada Mesyuarat Perwakilan PBB Cawangan Ba’Kelalan baru-baru ini.

Usul lain yang dikemukakan termasuk memohon agar status daerah Lawas diangkat menjadi bahagian Lawas dan memohon agar semua projek mega yang telah diluluskan di Lawas dilaksanakan dengan segera.

Kata Steve lagi, perwakilan juga mengusulkan agar jawatan Yang Dipertua dan dua Timbalan Yang Dipertua PBB Sarawak terus kekal tanpa dipertandingkan.

Usul-usul itu diserahkan kepada Timbalan Yang Dipertua PBB Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Setiausaha Eksekutif PBB Sarawak Datuk Awang Bujang Awang Antek yang hadir pada mesyuarat tersebut.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.049752 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list