CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33122|Reply: 0

[Sarawak] Ibu bapa berperanan penting dalam sistem sokongan pastikan anak-anak berjaya

[Copy link]
Post time 25-11-2024 04:30 PM | Show all posts |Read mode


Ling (tengah) menyampaikan pengiktirafan kepada salah seorang penerima pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Rosli

SIBU: Ibu bapa memainkan peranan penting dalam sistem sokongan untuk memastikan anak-anak mereka berjaya di sekolah, kata Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling.
Beliau berpendapat ini kerana proses pendidikan bermula di sekolah perlu diteruskan di rumah.

"Satu lagi kumpulan sama penting dalam usaha menghasilkan pelajar cemerlang ialah ibu bapa. Ibu bapa mesti memberi sokongan kukuh kepada sekolah dalam usaha mereka mendidik anak-anak.

"Proses pendidikan bermula di sekolah perlu diteruskan di rumah. Ibu bapa memainkan peranan dominan dalam membentuk watak anak-anak mereka.

"Oleh itu, ibu bapa mesti sentiasa memantau anak-anak mereka dan memastikan mereka mengulang kaji pelajaran di rumah," katanya pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SMK Rosli Dhoby di sini Sabtu lalu.

Selain itu, beliau menegaskan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar itu selaras dengan objektif menggalakkan dan memberi motivasi kepada pelajar-pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.

"Majlis ini mempunyai makna besar kerana ia meraikan pelajar-pelajar yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam pelbagai bidang akademik, kokurikulum dan sumbangan kepada sekolah sepanjang tahun,” jelasnya.

Ling turut gembira menyatakan SMK Rosli Dhoby cemerlang dalam bidang akademik khususnya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Beliau menyatakan GPS (gred purata sekolah) SMK Rosli Dhoby untuk SPM pada 2021 meningkat dengan ketara daripada 4.19 kepada 3.33 pada 2022.

"Tahun lalu, GPS terus meningkat mencatatkan nilai 3.12 dan pencapaian itu meletakkan SMK Rosli Dhoby di tempat ketiga di bahagian Sibu dan ke-12 di Sarawak," katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Rosli Dhoby Tan Kok Aun memaklumkan terdapat seramai 181 penerima pada majlis tersebut.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.510381 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list