CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42256|Reply: 0

[Sarawak] Penguang serah kepada pemimpin GPS menentukan kedudukannya

[Copy link]
Post time 25-11-2024 04:55 PM | Show all posts |Read mode


Penguang (tengah) ketika ditemui di Miri hari ini.

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Dr Penguang Manggil menyerahkan kepada pucuk pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memutuskan sama ada beliau dikekalkan mempertahankan kerusinya atau diganti dengan calon lain.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, beliau amat menghargai kepercayaan dan sokongan padu diberi dan ditunjukkan oleh pemimpin dan rakyat di peringkat akar umbi, kawasan Marudi namun beliau tetap menyerahkan keputusan akhir di tangan pimpinan tertinggi GPS.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas penggulungan ucapan pada Mesyuarat Agung Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian DUN Marudi di sini hari ini, Penguang berkata maklum balas daripada ahli-ahli parti, rakan-rakan GPS serta ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) menyuarakan pendirian mahukan beliau kembali menerajui semula DUN Marudi pada masa akan datang.

"Bagaimanapun, saya serahkan perkara itu (pemilihan semula beliau sebagai calon untuk bertanding sebagai wakil rakyat di kerusi DUN Marudi) kepada pucuk pimpinan tertinggi GPS, sama ada mengekalkan saya atau menggantikan dengan calon lain yang difikirkan sesuai menjadi wakil rakyat di kawasan Marudi.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka semua kerana kepercayaan diberikan kepada saya dan kekuatan yang saya perolehi adalah hasil daripada sokongan pucuk pimpinan dan rakyat di peringkat akar umbi (DUN Marudi).

"Saya telah melakukan yang terbaik dan saya berharap setiap KMKK yang ada di sini melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka sebagaimana dijanjikan," jelasnya.

Selepas acara mesyuarat agung itu, Penguang menyerahkan surat lantikan baharu dan lanjutan lantikan serta penghargaan kepada KMKK di kawasan DUN Marudi.

Pada sidang media sama ketika ditanya mengenai gaji baharu untuk KMKK dicadang dan diselaras dinaikkan serentak dengan elaun kaunselor, Penguang berkata ia kini terpulang kepada kabinet untuk kelulusan dan berharap dapat dilaksanakan pada Januari 2025.

"Kita sudah mengarahkan setiap Pegawai Daerah dan Residen untuk memberi cadangan berhubung gaji baharu KMKK kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, yang akan membentangkan kertas kerja ini di Kabinet dan perancangannya pada Januari 2025.

"Kita sudah cadang menaikkan elaun kaunselor beberapa bulan lalu namun Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu supaya elaun untuk KMKK dinaikkan sama.

"Maka kita selaraskan kedua-duanya dan menetapkan minimum ialah RM1,500. Tetapi, saya tidak boleh menyatakan berapakah (gaji) ketua kaum dapat. Berapa penghulu akan dapat? Itu terpulang kepada cadangan dikemukakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.  

"Bila? Kalau Kabinet lulus, jalanlah," katanya.  

Hadir sama pada sidang media tersebut ialah KMKK dari kawasan DUN Marudi, Pegawai Daerah Long Lama dan Marudi serta ahli-ahli jawatankuasa exco PDP DUN Marudi di samping wakil-wakil SUPP, PBB dan PRS dari kawasan tersebut.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.271602 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list