CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9221|Reply: 0

[Sarawak] Lebih 1,000 sertai larian amal 'The Silent Run 4.0' edisi Kuching

[Copy link]
Post time 26-11-2024 02:19 PM | Show all posts |Read mode


Hii (tiga kiri) menyampaikan cenderamata kepada Razi. Turut kelihatan Wee (dua kanan) dan Ko (dua kiri).

KUCHING: Program larian amal 'The Silent Run 4.0' edisi Kuching memecah rekod dengan penyertaan lebih 1,000 peserta.

Berlangsung di pekarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) hari ini, larian amal ini merupakan anjuran Persatuan Sukan Orang Pekak Sarawak (SSDeaf).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam hadir menyempurnakan pelepasan peserta yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu 3km dan 5km.


Wee (dari kiri), Razi dan Ko menyertai zumba sebelum peserta larian dilepaskan.

Turut hadir, Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng, Presiden SSDeaf Ko Ming Liang dan Pengerusi Penganjur Hii Lik Nyuong.

Dalam ucapan ringkasnya, Razi mengucapkan terima kasih kepada SSDeaf atas jemputan untuk program larian amal tersebut.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada SSDeaf atas kejayaan menganjurkan larian amal ini bagi mengumpul dana untuk persatuan.


Razi (tiga kanan), Wee (tiga kiri), Ko (dua kanan) dan Hii (dua kiri) merakamkan gambar bersama peserta 5km sebelum memulakan larian.

"Hari ini saya sangat gembira melihat sokongan anda semua untuk larian amal ini.

"Saya difahamkan larian amal ini turut diadakan di Sibu dan Miri sebelum edisi Kuching hari ini dengan penyertaan 2,000 lebih peserta untuk ketiga-tiga edisi ini," katanya.

Razi turut menggesa semua untuk menyokong usaha SSDeaf mengumpul dana bagi membantu membiayai atlet-atlet orang pekak bertanding dalam sukan orang pekak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sementara itu, Ko mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program larian amal ini.

Katanya semua dana yang dikumpul daripada larian ini akan digunakan bagi membiayai atlet-atlet orang pekak bertanding dalam acara sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Berita gembira katanya, tahun depan Sarawak amnya Kuching akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Orang Pekak Malaysia dan beliau berharap orang ramai akan menyokong acara itu nanti.

SSDeaf ditubuhkan pada 2013 dan bertanggungjawab bagi menyelaras pembangunan sukan orang pekak di Sarawak.

Persatuan turut berperanan dalam menganjurkan program pendidikan dan kesedaran awam mengenai kepentingan kesihatan, kecerdasan dan integrasi sosial melalui sukan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.077476 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list