CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16048|Reply: 0

[Sarawak] Harapan ganda wang simpanan punah, wanita rugi RM33,400

[Copy link]
Post time 26-11-2024 02:28 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Harapan untuk menggandakan wang simpanan akhirnya punah apabila seorang jurujual wanita tempatan berusia 30-an menjadi mangsa terkini penipuan skim pelaburan palsu, menyebabkannya mengalami kerugian sebanyak RM33,400.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, mangsa tertarik dengan iklan pelaburan projek hotel dan rumah yang menjanjikan pulangan lumayan yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp.

"Suspek memberikan penerangan terperinci tentang pelaburan tersebut, meminta mangsa menyerahkan maklumat peribadi, dan membuat bayaran secara berperingkat ke akaun yang diberikan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa melakukan enam transaksi ke dalam dua akaun tempatan antara 19 hingga 21 November lalu.

"Setelah semua bayaran dibuat, mangsa cuba mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan tetapi diarahkan oleh suspek untuk membayar tambahan sebelum pengeluaran dapat dilakukan.

"Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila tidak menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan lalu segera membuat laporan polis," katanya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan.

Zulkipli juga meminta orang ramai supaya lebih berwaspada dengan tawaran pelaburan yang menawarkan pulangan yang terlalu lumayan dan luar biasa.

Sebagai langkah pencegahan, beliau menasihati masyarakat agar menyemak status pelaburan dengan Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebelum membuat sebarang keputusan.

Selain itu, orang ramai boleh mengesahkan akaun bank atau nombor telefon mencurigakan melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule dan mendapatkan bantuan di talian 997, Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Penipuan seperti ini menjadi peringatan penting bahawa kewaspadaan adalah kunci utama dalam mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.083189 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list