CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15836|Reply: 0

[Sarawak] Program penjagaan, pemuliharaan alam sekitar amat penting

[Copy link]
Post time 26-11-2024 02:55 PM | Show all posts |Read mode


Friday (dua kanan) dan Rahmah (tiga kanan) bersama dengan tetamu kehormat yang lain melakukan upacara pelepasan anak ikan ke Sungai Seblak, hari ini.

SARATOK: Penganjuran program berkaitan penjagaan dan pemuliharaan terhadap alam sekitar amat penting untuk manfaat bersama pada masa hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian Friday Belik berkata, langkah ini amat penting dalam memastikan kelestarian alam sekitar terjaga.

“Masyarakat masa kini perlu sedar menjaga dan memulihara alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama, bukan terletak pada satu pihak sahaja.

“Pada persidangan DUN baru-baru ini, satu Ordinan Sumber Asli telah diluluskan pada 12 November lalu, seperti yang termaktub pada MA63 yang memberikan kuasa dan hak penuh kepada kerajaan Sarawak dalam menjaga perkara-perkara berkaitan dengan alam sekitar dan ia akan diuruskan oleh NREB Sarawak.

“Ordinan ini amat penting dalam memastikan penjagaan dan kemampanan alam sekitar di negeri ini sentiasa terjamin dan terjaga seiring dengan pembangunan semasa,” katanya.


Friday bersama rombongan tiba di rumah panjang Rumah Jembu, Rantau Sukat pada Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti anjuran NREB Sarawak hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti di Rumah Jembu, Rantau Sukat, Seblak Roban, Daerah Kabong hari ini.
Program itu dianjurkan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak.

Menurut Friday, Sarawak sedang berusaha memantapkan keseimbangan alam sekitar dan melaksanakan pembangunan berkonsepkan ekonomi hijau.

Tambahnya, pendekatan ini amat penting dalam memastikan keseimbangan alam semula jadi dan mengurangkan kadar pencemaran.

“Justeru, kita berharap masyarakat memberi sokongan penuh kepada usaha kerajaan Sarawak ini dalam membangunkan ekonomi hijau yang lebih mesra alam sekitar.

“Langkah dan sokongan ini akan memberikan platform dalam usaha memantapkan sumber pendapatan negeri ini dalam menambah pendapatan untuk mengiatkan lagi aktiviti pembangunan di kawasan-kawasan luar bandar,” jelas Friday.

Terdahulu, Friday bersama rombongannya menyempurnakan upacara ringkas pelepasan 7,000 ekor anak ikan di Sungai Seblak.

Beliau seterusnya mengumumkan peruntukan RM220,000 untuk kawasan Sungai Seblak di Rumah Jembu untuk menaik taraf jalan, pembinaan tandas dan bilik persalinan serta RM50,000 kepada Biro Wanita Rumah Jembu, Rantau Sukat untuk membina stor tempat menyimpan barang.

Hadir sama ialah Timbalan Kontroller NREB Rahmah Biak, Pegawai Tadbir Menguasa Daerah Kecil Roban Steve Miller dan Penghulu George Manggie.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.052236 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list