View: 40338|Reply: 8
|
Lisa Surihani Syukur Zahnita Berjaya Keluar Dari Rumah - “Tolong Jangan Minta Maaf Kerana Terpaksa Menggunakan Media Sosial"
[Copy link]
|
|
Pelakon Datin Lisa Surihani menyokong tindakan pelakon Zahnita Wilson membuat laporan polis selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Menerusi komen ditinggalkan, Lisa meluahkan rasa syukur Zahnita berjaya keluar dari rumah dan ada keberanian untuk mendedahkan perkara itu di media sosial.
“Saya sangat bersyukur apabila anda berjaya keluar dari rumah. Dan anda melakukan perkara yang tepat dengan melaporkan kejadian ini kepada polis.
“Tolong jangan minta maaf kerana terpaksa menggunakan media sosial sebagai medium,” katanya.
Sementara itu, Lisa turut berdoa agar Zahnita berada dalam keadaan selamat dan dibawah lindungan Allah.
“Diharapkan anda dijauhkan daripada segala bahaya. Semoga Allah melindungi anda dan hilangkan segala trauma yang dialami,” tulisnya.
Isnin lalu, perkongsian Zahnita mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.
Sumber : HibGlam,Rotikaya |
|
|
|
|
|
|
|
percayalah Rizman Ruzaini dah aim jadi next muse.... |
|
|
|
|
|
|
|
Komen acik Zarina x de sape sudi ambik ke.. kesian dia... dia pun buat report polis gak, x dilayan kahtanya |
|
|
|
|
|
|
|
Zahnita ex gf husband cik Lisa khenn kikiki. Dulu2 zahnita penah couple ngan yusri kan? |
|
|
|
|
|
|
|
saya aminkan komen ko, zahnita walau nampak tak bermaya dan kertu tapi features muka dia memang cantik tak payah bedah sana sini. suka dia dari dulu iolls muda remaja
|
|
|
|
|
|
|
|
kukukatablog replied at 4-12-2024 04:04 PM
percayalah Rizman Ruzaini dah aim jadi next muse....
Dia pun dah update kat bio ex-SAHM
Mendonia la lps ni |
|
|
|
|
|
|
|
brunesss replied at 5-12-2024 09:21 AM
saya aminkan komen ko, zahnita walau nampak tak bermaya dan kertu tapi features muka dia memang ca ...
Tula lawa natural eh . Ada ke org samakan ngan alya iman . Terkezut sis |
|
|
|
|
|
|
| |
|