CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17411|Reply: 15

“Apa Yang Berlaku Ini Kemalangan, Bukan Sesuatu Yang Disengajakan” – Syura Badron Nafi Diri ‘Terpaling Baik’

[Copy link]
Post time 6-12-2024 09:04 AM | Show all posts |Read mode






Penyanyi, Syura Badron tampil menepis tuduhan yang mengatakan kononnya dia berlagak baik kerana tidak membuat laporan polis susulan insiden tong gas meletup di rumah penginapan sehingga mengakibatkan suaminya cedera.


Penyanyi itu memuat naik sebuah video di TikTok untuk menjelaskan bahawa segala keputusan yang dibuatnya adalah hasil perbincangannya dengan suami, Muhammad Farizat.


"Sebelum apa-apa keputusan saya buat, saya tanya suami dulu. Bukan saya pandai-pandai buat keputusan tu.


Saya pergi dekat suami, tanya “macam mana dengan pemilik homestay, nak ambil apa-apa tindakan ke?”, dia jawab “its ok sayang saya dah reda, apa yang berlaku ni kemalangan dan bukan sesuatu yang disengajakan.”








Penyanyi itu turut berkata agak tidak adil bagi mereka untuk menuding jari kepada pemilik rumah penginapan tersebut sedangkan apa yang berlaku itu adalah satu kemalangan.


"Tidak adil untuk kami menuding jari dekat pemilik homestay, saya nampak usaha dia datang melawat suami dan minta maaf."


Walau bagaimanapun, Syura akui insiden yang berlaku ini memberi pengajaran kepada dirinya sendiri dan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam apa jua keadaan.


"Musibah Allah nak bagi ni dekat mana-mana je. Disebabkan kejadian ini juga kita semua dah dapat ilmu baru tentang penjagaan dan keselamatan untuk suri rumah di dapur.



Banyak sangat hikmah yang saya dapat daripada insiden ini. Kami terima qada dan qadar’ yang Allah beri, semua orang ada ujian masing-masing."


Penyanyi itu berharap agar orang ramai menghormati dan berhenti mempersoalkan keputusannya dengan suami dan mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.





Sumber – Beautifulnara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2024 09:11 AM | Show all posts
Org tu tengah dilanda musibah... tak yah la kecam2 dia.... aku pun tak berapa minat syura ni,,, tp dlm kes ni aku doakn shuben dia cepat sembuh,...  kalau ikot cerita muka dia pun melecur terok jugak.... bertabahlah  
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 09:47 AM | Show all posts
Peliknya muka kau ni syura, terlebih filter plus over renovation

Btw bawa-bawa muhasabah diri, mungkin ini kifarah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
sape tuduh dia terpaling baik tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
jarang la orang taknak report polis. Ke sebab both are equally wrong?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2024 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mungkin owner homestay tu pun baik dh mintak ampun mintak maaf siap bagi duit pampasan ke, tu yg dia pun lembut hati laki bini tanak report..
cer kalau owner tu berlagak angkuh sombong siap tak ngaku salah, mungkin dia report..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2024 05:15 PM | Show all posts
jgn2 owner homestay tu sedara mara dia jugak...
btw zaman bila pakai gas dapur lagi... org skrg pakai induction jahh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2024 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu la ko mulut jahat mengata kwn baik dlm live.tapi laki ko pula dpt tempias kifarah tu..kesian laki ko..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
muka lama dia camne aku rasa lg cantik dulu
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 11:42 AM | Show all posts
..... lain sungguh rupa dia
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 12:36 PM | Show all posts
heythere123 replied at 6-12-2024 03:15 AM
jarang la orang taknak report polis. Ke sebab both are equally wrong?

kan aku pun rasa jugak..takpun sedara mara punya rumah..
kita ni kereta bersagat sikit pun dah kabut nak report polis inikan pulak kesan dekat muka
takpe la semoga baik2 je la..tapi jgn nanti lagi dua tiga bulan lepastu buat live salahkan tuan homestay dah la.
awal2 reda lama2 berbunyi..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
jihah_kudat replied at 7-12-2024 12:36 PM
kan aku pun rasa jugak..takpun sedara mara punya rumah..
kita ni kereta bersagat sikit pun dah kab ...

itulah, mengenangkan acik ni kaki merentan, aneh la jugak bila redha je
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 6-12-2024 05:15 PM
jgn2 owner homestay tu sedara mara dia jugak...
btw zaman bila pakai gas dapur lagi... org skrg paka ...

Iols rasa homestay seeloknya guna induction cooker lah..kurang risiko mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayang tul dia ni. Dulu muka comel je. Sekarang hmmm.. Sama hauk dgn peel dia.

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya apa yg keluar dari mulut dia ni susah orang nak percaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.211859 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list