CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52954|Reply: 0

[Kedah] Batalkan tanaman padi musim 2, sawah terjejas akibat banjir

[Copy link]
Post time 14-12-2024 01:58 PM | Show all posts |Read mode
Batalkan tanaman padi musim 2, sawah terjejas akibat banjir

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Disember 14, 2024 @ 10:47am [email protected]




Keadaan sawah padi yang ditenggelami banjir sehingga menjadi lautan di Gunung Keriang, Alor Setar, baru-baru ini. - Foto NSTP/Wan Nabil Nasir





JITRA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) diminta mempertimbang cadangan membatalkan tanaman padi musim 2/2024 atau darurat di kawasan sawah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir, berkata, petani terbabit wajar dibayar pampasan atau wang ihsan bagi pembatalan musim dengan minimum RM1,200 bagi setiap serelung (0.3 hektar) sawah.

Katanya, ini kerana petani mengalami kerugian kos input dan kehabisan modal pusingan untuk meneruskan musim seterusnya selepas terkesan akibat banjir yang melanda.

"Petani kini tiada lagi benih untuk dijadikan padi semai dan menanggung kos jentera untuk membajak sawah dan upah menanam dan menabur.



ADUN Kota Siputeh, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir. - Foto fail NSTP

"Malah, tiada lagi subsidi baja kepada petani kerana mereka hanya boleh mendapatkannya sekali semusim saja.

"Keadaan ini turut akan mengundang kelewatan musim baharu padi dan menimbulkan masalah rantaian ke atas kawasan sawah yang tidak terjejas akibat banjir," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Ashraf berkata, cuaca hujan berlarutan dan masalah perparitan serta sungai di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang tidak diselenggara turut menyebabkan air menjadi bertakung dalam petak sawah.

Katanya, menyulitkan lagi apabila air dari sungai yang melimpah masuk ke petak sawah turut menenggelamkan padi.

"Kita berharap mendapat maklum balas positif daripada Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu untuk membuat keputusan segera kerana kesan krisis banjir ini mengakibatkan jadual penanaman padi terganggu," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 16,000 hektar sawah di kawasan MADA terjejas akibat banjir besar yang melanda Kedah dan Perlis bulan lalu.

Pengerusinya, Datuk Dr Ismail Salleh berkata angka itu jauh lebih besar berbanding banjir pada September lalu yang menenggelamkan hampir 6,000 hektar sawah di kawasan Muda.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2024/12/1336768/batalkan-tanaman-padi-musim-2-sawah-terjejas-akibat-banjir





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.103874 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list