CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55648|Reply: 11

[Tempatan] Sindiket 'Counter Setting' masih beroperasi di KLIA, dakwa sumber

[Copy link]
Post time 14-12-2024 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
malaysiakini.com.my
B Nantha Kumar
Diterbitkan:  Dec 14, 2024




Walaupun SPRM berkali-kali menegaskan dalang utama sindiket 'counter setting' yang membawa masuk warga asing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah ditahan, sumber mendakwa sindiket itu masih beroperasi di lapangan terbang berkenaan.

Menurut satu sumber yang arif mengenai sindiket itu, hanya terdapat sedikit perbezaan pada modus operandi mereka.


"Selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang pegawainya menggunakan telefon pintar semasa berada di kaunter, kini pegawai menulis empat digit terakhir pasport pelancong asing yang cuba masuk ke negara kita melalui 'counter setting' dalam kertas agar tidak dapat dikesan oleh sesiapa.

"Sebaik masuk kaunter, dia akan periksa empat digit terakhir nombor pasport untuk kepastian (Sebelum melepaskan mereka masuk)," kata sumber itu.


Dipercayai pegawai imigresen berkenaan bersekongkol dengan sindiket terbabit dengan menerima sejumlah bayaran untuk membawa masuk warga asing ke negara ini.

Malaysiakini telah menghubungi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk mendapatkan komen.

Untuk rekod, pada 9 Nov, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkata dua pegawai Jabatan Imigresen yang dipercayai dalang utama sindiket itu bakal didakwa di mahkamah

Katanya, keputusan untuk mendakwa dua pegawai terbabit telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).


"Jika semuanya berjalan mengikut perancangan, kes ini mungkin akan dibawa ke mahkamah pada bulan ini (November), atau berkemungkinan pendakwaan akan ditangguhkan hingga awal tahun hadapan," katanya.

Siasatan masih berjalan

Ketika dihubungi, Azam berkata sindiket 'counter setting' ini masih dalam radar siasatan agensi itu.

"Siasatan berhubung modus operandi "counter setting" membabitkan 50 pegawai imigresen masih terus berjalan, namun siasatan melibatkan dua pegawai imigresen yang dikenal pasti sebagai dalang utama telah mempunyai bukti yang mencukupi.

"Atas faktor itu, SPRM telah menyerahkan hasil siasatan terhadap kedua-dua individu berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan keizinan mendakwa telah diperolehi.

"Suspek-suspek akan menghadapi pertuduhan di mahkamah dalam tempoh masa terdekat," katanya kepada Malaysiakini.



Tambahnya, SPRM juga turut mencadangkan empat lagi nama pegawai agensi berkenaan kepada TPR untuk pertimbangan pertuduhan.

"Kes-kes melibatkan baki pegawai-pegawai berkenaan sedang diteliti daripada sudut tindakan tatatertib yang akan dipertanggungjawabkan kepada jabatan terbabit,” katanya.


Dia berkata demikian ketika ditanya mengapa hanya dua pegawai sahaja yang didakwa di mahkamah.

Azam pada 30 Sept berkata, seramai 50 kakitangan JIM dijangka bakal didakwa. Dia juga pada 18 Sept memberitahu agensi pencegah rasuah itu mendapati seramai 60 individu, termasuk 50 pegawai agensi penguatkuasaan, didapati bersekongkol dalam kegiatan itu.

Menurutnya pada masa itu, sebanyak 37 kertas siasatan telah dibuka dengan 95 individu telah diambil keterangan.

Sementara itu, sumber yang bercakap kepada Malaysiakini memaklumkan seramai empat warga Pakistan masuk ke negara ini melalui modus operandi 'counter setting' pada 18 Nov.

"Mereka dari Lahore ke KLIA pada pagi 18 Nov menaiki salah sebuah pesawat syarikat penerbangan tempatan. Sebaik tiba ke KLIA, mereka membeli sim kad dan menghubungi ejen di Malaysia.

"Ejen di sini minta mereka ke kaunter 41 hingga 45 di KLIA. Bayaran untuk satu kepala adalah RM1,200.

"Jadi, kesimpulan saya, dalang utama 'counter setting' masih bebas. Selagi SPRM atau JIM tidak menahan 'ikan besar', selagi itu sindiket 'counter setting' ini tak akan dapat ditumpaskan," kata sumber itu.

Malaysiakini sebelum ini mendedahkan seorang ahli perniagaan tempatan di kenali sebagai DK dan seorang pegawai kanan di JIM antara dalang utama sindiket-sindiket melibatkan warga asing.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
'KES PARAH'@isu kedaulatan negara yg berulang camni..sepatutnya sprm kena buat kerja lebih...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 10:05 PM | Show all posts
Skuau replied at 14-12-2024 06:18 PM
'KES PARAH'@isu kedaulatan negara yg berulang camni..sepatutnya sprm kena buat kerja lebih...

Ada la jin besor tu, mana boleh tangkap.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la orang yang rapiji paling nak buang masa jadi pembangkang dulu...sekarang dah jadi insan suci murni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2024 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak imi tak menjadi kata orang..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2024 03:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Celakalah ke atas kamu dan keluarga kamu wahai pemakan rasuah...semoga dilaknati Allah di atas dunia lagi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2024 07:53 AM | Show all posts
dalang masih bebas
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2024 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Lemah kerajaan madani ni..cakap je lebih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2024 10:16 AM | Show all posts
benda ni tak nak pantau, tak nak siasat. tapi klau nk mengutuk kaum india cina yg memang warganegara malaysia, bukan main laju mengata org derhaka negara. puiii  
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2024 10:54 AM | Show all posts
No...korang salah aim. Tu ikan bilis je. Jerung still berlegar2 lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2024 11:25 AM | Show all posts
benda ni ada di mana-mana
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 10:15 AM | Show all posts
last week aku tengok movie 'Carry-on'diorang seludup bom rusia masuk
yang beza nya, Taron kena ugut
tapi kat malaysia, rela hati lepas PATI masuk sebab duit.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.115415 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list