CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22622|Reply: 0

[Sabah] 13 pelancong cedera bas terbabas di Ranau

[Copy link]
Post time 16-12-2024 09:37 AM | Show all posts |Read mode


TERBABAS: Bas persiaran terbabas sendiri menyebabkan 13 penumpang mengalami kecederaan.

RANAU: Seramai 24 penumpang berdepan detik cemas selepas bas dinaiki terbabas sendiri dalam kejadian di kilometer 12, Jalan Ranau-Telupid, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu, seramai 13 daripada penumpang terbabit dilaporkan cedera dan terpaksa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Ediansha Endal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.55 petang.

Katanya, kemalangan membabitkan bas persiaran yang terbabas sendiri berhampiran simpang Ladang Teh Luanti, di sini.

“Pasukan bomba turut hadir membantu bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa 24 penumpang dan 13 daripada mereka hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ediansha berkata, empat mangsa telah dibawa ke Hospital Ranau dengan menaiki EMRS untuk rawatan lanjut.

Manakala katanya, tiga lagi mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Lohan dan enam lagi mangsa dihantar ke Hospital Ranau menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan pasukan polis trafik turut dikerah ke lokasi untuk membantu mengawal lalu lintas,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.035810 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list