CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47349|Reply: 0

[Kedah] Operasi feri penumpang ke Langkawi waktu malam bermula hari ini di Kuala Perlis

[Copy link]
Post time 28-12-2024 03:52 PM | Show all posts |Read mode
Operasi feri penumpang ke Langkawi waktu malam bermula hari ini di Kuala Perlis

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Disember 28, 2024 @ 3:03pm [email protected]






Feri penumpang Kuala Kedah sedang berlepas menuju Langkawi di Terminal Feri Kuala Kedah. - Foto NSTP/Wan Nabil Nasir.





ALOR SETAR: Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi pada waktu malam bermula hari ini berikutan sambutan menggalakkan daripada pelancong.

Pengurus Besarnya, Kapten Dr Baharin Baharom, berkata setakat ini 335 tiket sudah terjual untuk pelayaran sebuah feri pada malam ini di Terminal Feri Kuala Perlis.

Beliau berkata, bagaimanapun, pihaknya akan membuat penambahan feri lagi sekiranya feri jam 8 malam ini penuh.

"Begitu juga perjalanan tambahan pada esok hari turut disediakan pada jam 8 malam.

"Tambahan feri pada waktu malam ini adalah untuk menyokong sambutan yang amat menggalakkan pelancong ke Langkawi sempena cuti persekolahan yang bermula sejak 20 Disember lalu yang menyaksikan Pulau Langkawi terus menjadi pilihan pelancong tempatan dan luar negara," katanya ketika dihubungi hari ini.

Baharin berkata, perjalanan feri waktu malam diaktifkan sebagai sokongan terhadap kempen Kerajaan Negeri Kedah bagi Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025.

Beliau berkata, pihaknya sedar, dengan menyediakan lebih banyak perjalanan feri ke Langkawi akan memberi lebih ruang kepada pelancong memilih Langkawi sebagai pilihan utama.

"Kami juga mendapat permintaan daripada agensi pelancongan di Thailand untuk membawa masuk lebih ramai pelancong ke Langkawi melalui Satun dan buat masa ini alur pelayaran di Satun juga mengalami masalah mendapan lumpur seperti mana yang berlaku di alur pelayaran Kuala Perlis.

"Buat masa ini, perjalanan feri waktu malam hanya difokuskan bagi laluan Langkawi ke Kuala Perlis disebabkan Terminal Penumpang Kuala Kedah masih dalam pembinaan dan hanya boleh menampung sebuah feri pada satu-satu masa.

"Kami difahamkan bermula awal Mac tahun hadapan, kerja-kerja pengerukan alur pelayaran akan selesai," katanya.

Baharin berkata, pihaknya percaya perjalanan feri yang lebih kerap seawal jam 7 pagi dan berakhir jam 7 malam boleh merancakkan kembali industri pelancongan Langkawi setanding negara jiran.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1342060/operasi-feri-penumpang-ke-langkawi-waktu-malam-bermula-hari-ini-di





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.761182 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list