CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15749|Reply: 3

Dah susah nak cari duit, akaun TikTok 2 juta pengikut Siti Jamumall lesap!

[Copy link]
Post time 5-1-2025 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Beberapa akaun TikTok milik personaliti media sosial Siti Jamumall hilang dalam sekelip mata tanpa sebab munasabah.

Siti atau Siti Suriani Wahiddin, 27, berkata, kejadian itu membuatkan dia sukar mencari rezeki memandangkan banyak bergantung kepada platform media sosial.



"Apa rasanya dalam keadaan berusaha mencari duit, akaun TikTok hilang.

"Akaun 800,000 hilang dua bulan lepas, akaun suami saya 500,000 hilang dan akaun saya sendiri 700,000 hilang sekelip mata.

"Siti cuma nak mencari rezeki membesarkan anak-anak untuk keluarga, pekerja dan nak melangsaikan hutang," luahnya.



Perkara itu dikongsikan Siti menerusi akaun TikTok baharunya iaitu @Siti_Riani.

Lebih mengecewakan apabila dia juga tidak sempat mengeluarkan wang yang terdapat dalam akaun tersebut hasil jualannya di akaun berkenaan.




Katanya ketika ini pelbagai usaha sedang dilakukan namun kemungkinan untuk mendapatkan kembali akaun tersebut agak sukar.

Ia ekoran beberapa individu yang tidak senang melihat dirinya membuat laporan terhadap akaun tersebut.

"Paling sakit duit saya dalam itu tak dapat nak keluarkan. Saya jadi affiliate saja tau jadi saya lakukan promosi gila-gila dekat produk.



"Saya tak sempat lagi keluarkan duit dekat dalam itu. Saya tengah cuba dapatkan, saya sudah hubungi macam-macam pihak.

"Mereka tengok saya punya kes ini mungkin orang yang laporkan sebab ada yang tidak suka... Ya Allah saya nak cari rezeki, saya tak tahu nak cakap apa-apa dah," ujarnya.

Dalam pada itu, Siti memberitahu dia kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital selepas mengalami batuk berpanjangan.



"Saya di hospital sebab sudah tidak tahan kerana sudah dua bulan batuk teruk menyebabkan malam saya tak boleh tidur.

"Selepas itu dada dan belakang sakit serta susah nak nafas buatkan saya ambil keputusan untuk masuk hospital," luahnya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2025 10:45 AM | Show all posts
apa cerita kes tertukar anak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 03:18 PM | Show all posts
NazRysha replied at 6-1-2025 10:45 AM
apa cerita kes tertukar anak tu?

nasib bdk tu dapat ke mak asal
kalau tak dpt mak gila mcm ni pun susah jgk
kesian
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 04:38 PM | Show all posts
Tulah kau menipu duit org lagi, hutang tak reti bayar kan dah hilang semua

Kejap je Allah bayar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.040250 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list