CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7571|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak satu-satu negeri wujud OSC bantu tangani penyalahgunaan dadah

[Copy link]
Post time 6-1-2025 11:00 AM | Show all posts |Read mode


Sayed Azmee (dua, kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Ikon Skuad Anti Dadah 2024, Gloria Umi Dick pada Malam Apresiasi Pencegahan dan Pemulihan Dadah anjuran Jawatankuasa Kerja Pencegahan dan Pemulihan Dadah OSC-MIDS Sibu malam tadi. Turut kelihatan Abdul Hamediee (kiri). - Gambar BERNAMA

SIBU: Sarawak satu-satunya negeri yang mempunyai pusat sehenti (OCS) bagi membantu menangani masalah penyalahgunaan dadah dengan lebih berkesan, kata Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Abdul Hamediee Ibrahim.

Beliau berkata kewujudan OSC telah banyak membantu usaha pihaknya menangani masalah penagihan dadah khususnya dalam kalangan rakyat negeri ini.

“Apabila saya datang ke Sarawak pada tahun lepas, saya dapati negeri ini sangat berbeza dengan beberapa negeri yang pernah saya kunjungi sebelum ini apabila mewujudkan OSC sendiri untuk menangani masalah penagihan dadah.

“OSC ini bukan sahaja membantu menangani masalah dadah tetapi 14 masalah sosial lain yang boleh menjurus kepada masalah penagihan dadah. Ini sangat istimewa kepada Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Apresiasi Pencegahan dan Pemulihan Dadah anjuran Jawatankuasa Kerja Pencegahan dan Pemulihan Dadah OSC-MIDS Sibu di sini malam tadi, yang turut dihadiri Setiausaha Politik Premier Sarawak Sayed Azmee Wan Junaidi.


Sayed Azmee (kanan) menyampaikan hadiah kepada Pemenang anugerah King Of The Night Malam Apresiasi Pencegahan dan Pemulihan Dadah, Nasir Muhammad (tengah) anjuran Jawatankuasa Kerja Pencegahan dan Pemulihan Dadah OSC-MIDS Sibu malam tadi. Turut kelihatan Abdul Hamediee (kiri). - Gambar BERNAMA

Beliau berkata proses rawatan dan pemulihan dalam kalangan individu terjebak penagihan dadah bukan perkara yang mudah dilaksanakan tanpa komitmen dan kerjasama pelbagai pihak termasuk masyarakat sendiri.

Sehubungan itu, berkata AADK Sarawak merancang mendaftar 77,000 ahli skuad antidadah di seluruh negeri ini dalam kalangan mereka yang berusia antara 15 hingga 45 tahun bagi membantu pihaknya menangani masalah penagihan dadah di negeri ini.

“Setakat ini 10,000 ahli skuad antidadah berjaya didaftarkan di Sarawak sejak tahun lepas. Sambutan agak menggalakkan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hamediee berkata masalah penyalahgunaan dadah di Sarawak masih lagi serius dan perlu ditangani dengan segera supaya tidak terus merebak.

Beliau berkata menjadi harapan AADK Sarawak ahli skuad antidadah dan klien yang berjaya keluar dari masalah dadah ini dapat membantu kerajaan menangani masalah penagihan dadah hingga Sarawak boleh bebas dadah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:18 PM GMT+8 , Processed in 1.503998 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list