CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27219|Reply: 0

[Sarawak] JPBNS pantau secara dekat penularan wabak disebabkan virus HMPV

[Copy link]
Post time 6-1-2025 05:41 PM | Show all posts |Read mode


Dr Sim (tengah) bergambar bersama pemimpin kesatuan CMAA dan penari singa selepas selepas menitik mata singa baharu di Tua Pek Kong, Kuching hari ini.

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan memantau secara dekat perkembangan penularan wabak disebabkan virus human metapneumovirus (HMPV) di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, beliau telah mengadakan perbincangan lanjut bersama JPBNS yang dipengerusikan oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas semalam tentang wabak ini yang kini mula mencetuskan kebimbangan awam di Sarawak.

"Kita akan memantau secara dekat wabak yang disebabkan virus HMPV ini namun tidak banyak yang dapat kita buat kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) belum mengisytiharkan ia sebagai wabak berbahaya sebagaimana penularan wabak maut COVID-19 pada 2020 yang meragut banyak nyawa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan upacara menitik mata sembilan singa baharu pasukan tarian naga dan singa Persatuan Mempertahankan Diri Cina (CMAA) di Tua Pek Kong di Kuching hari ini.

Menurut Dr Sim, wabak HMPV sangat berbeza dengan wabak maut COVID-19 kerana setakat ini bukan sahaja pihak WHO malah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih memantau rapi penularan wabak ini.

"Jika COVID-19 berjaya dikawal kerana sudah ada vaksin namun tidak untuk HMPV kerana belum ada penawar ditemui, justeru kita menggesa rakyat agar sentiasa berwaspada dan mengamalkan penjagaan kesihatan optimum bagi mengekang penularan di kalangan umum.

"Kita di Sarawak akan memantau penularan virus ini dan akan menotifikasikan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang bermakna akan memberi maklum balas kepada pihak berkuasa tempatan di sebuah bandar tentang kewujudan kes seperti yang kita buat semasa berlakunya COVID-19," ujar Dr Sim sambil menambah, dari situ kita boleh lihat tindakan selanjutnya seperti kuarantin, wajib memakai penutup hidung sebagai contoh.

"Kita banyak belajar daripada penularan COVID-19 sebelum ini malah mempunyai jawatankuasa khas bagi menangani kes kecemasan seumpamanya mengikut Ordinan Kesihatan Sarawak," tegasnya.

Tambahnya, virus adakalanya sukar dikesan kerana kehidupan kita kini  sangat kompleks, yakni manusia dan haiwan bercampur yang menyukarkan pihak berkuasa mengesan penularan dalam jangka waktu yang singkat.

Justeru, Dr Sim menggesa orang ramai yang mempunyai simptom kurang sihat seperti badan sejuk, batuk, demam, hidung tersumbat dan sesak nafas supaya segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berhampiran.

Katanya, HMPV kemungkinan tersebar melalui sebaran angin menerusi batuk atau bersin selain hubungan secara langsung seperti bersentuhan atau berjabat tangan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya proaktif menjaga kesihatan diri dan keluarga serta mencegah jangkitannya kepada orang lain terutama di kawasan yang tertutup dan sesak... selain terus membiasakan diri memakai topeng penutup hidung dan kerap mencuci tangan dengan air bersih dan sanitasi tangan.

"Malah Kerajaan Sarawak akan sentiasa memantau perkembangan jangkitan saluran pernafasan di dalam dan luar negara, meningkatkan kesiapsiagaan dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya dan menasihati orang ramai agar menggelak berkunjung ke negara yang terdapat wabak ini seperti China.

"Amalkan langkah-langkah kerap mencuci tangan, tutup mulut ketika batuk dan memakai pelitup hidung bagi mereka yang berisiko tinggi atau berada di kawasan sesak," kata Dr Sim.

Ketika ini, penularan virus HMPV di China berada pada tahap membimbangkan sehingga menjejaskan beberapa negara Asia lain.

Terdapat aduan mengenai hospital penuh sesak dan sistem penjagaan kesihatan yang tertekan akibat penularan pantas virus terbabit terutama di kawasan utara China, menurut pihak berkuasa kesihatan negara itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.267487 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list