CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27363|Reply: 0

[Sarawak] PGBM Miri perlu rancang kursus perisian dan AI untuk kakitangan

[Copy link]
Post time 6-1-2025 05:57 PM | Show all posts |Read mode


Lee (dua kiri) menyampaikan cenderamata kepada salah seorang guru besar, Lai Cheo Tian sambil disaksikan Mariam (kiri) dan Ahmad (dua kanan) di Miri malam Sabtu.

MIRI: Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) Cawangan Miri perlu merancang kursus perisian dan kecerdasan buatan (AI) untuk kakitangan akademik dan bukan akademik bagi membolehkan mereka mengemas kini pengetahuan masing-masing dalam bidang teknologi.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata menjadi pendidik dan kakitangan bukan akademik bukan lagi tugas boleh dianggap mudah dan diurus, sebaliknya menjadi lebih mencabar dengan keperluan menjadi celik teknologi.

“Memahami cabaran dihadapi oleh guru-guru, justeru saya mencadangkan PGBM Miri menganjurkan kursus bagi guru-guru dan kakitangan bukan akademik supaya mereka sentiasa dikemas kini dengan ilmu pengetahuan yang ada," katanya berucap merasmikan Majlis Sanjungang Budi Sulaman Kasih anjuran PGBM Miri di sini malam Sabtu.

“Lagipun, anak-anak generasi baharu ini membesar dengan teknologi. Mereka mungkin lebih memahami AI dan teknologi berbanding guru-guru.

"Sekiranya guru-guru tidak dapat mengikuti perkembangan bahasa teknologi mereka, ia menyebabkan mereka hilang minat untuk belajar. Oleh itu, sentiasa kemas kini, bercakap ‘bahasa’ kanak-kanak hari ini akan faham,” jelasnya.

Pada majlis itu, Lee menyampaikan penghargaan kepada guru besar yang bersara dan mereka yang akan berpindah ke kawasan lain.

Hadir sama Pengerusi PGBM Miri Ahmad Othman yang juga Guru Besar SK Senadin dan Pegawai Pendidikan Daerah Miri Mariam Monek.

Lee turut berkongsi tentang amalan gaya hidup sihat dan ia bermula dengan pengurusan tekanan.

Beliau memahami betapa tekanan yang perlu dihadapi guru besar dan guru-guru ketika mendidik pemimpin masa depan negara namun ia sentiasa baik untuk belajar menguruskan tekanan.

“Makan secara sihat, kerap bersenam dan sentiasa pastikan anda melakukan pemeriksaan kesihatan setiap tahun.

“Ia adalah sebahagian daripada pengurusan tekanan, fahami sejauh mana badan anda boleh menguruskan tekanan,” jelasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.049192 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list