
Kong (tengah) menerima tanda penghargaan daripada pihak penganjur pada majlis berkenaan.
BINTULU: Bidang automobil terus berkembang selaras dengan kemajuan pesat yang dinikmati bahagian ini serta kawasan berdekatan yang lain, kata Pembantu Khas Ahli Parlimen Bintulu Steven Kong.
Menurutnya, sebagai salah sebuah industri yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran sistem pengangkutan dan menyokong ekonomi tempatan, Persatuan Bengkel Automobil Bahagian Bintulu diharapkan terus berkembang dan memberi impak positif kepada komuniti dan ekonomi Bintulu.
"Berhadapan dengan pelbagai cabaran selaras dengan perkembangan pesat sektor automobil, saya berharap agar persatuan ini akan terus berkembang selaras dengan perubahan zaman," ujarnya.
Kong berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Makan Malam Sambutan Tahun Baharu 2025 Persatuan Bengkel Automobil Bahagian Bintulu di Restoran Mandarin Bintulu, malam semalam.
Apa yang penting menurut beliau, setiap penggiat sektor automobil harus menerapkan inovasi dalam setiap ciptaan serta penambahbaikan termasuk aspek operasi.
Beliau berkata, teknologi dan kemahiran baharu perlu digalas dengan penuh kecekapan terutama dalam bidang pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan yang kini dilihat semakin berkembang dan canggih.
"Keberhasilan industri ini bukan hanya bergantung kepada kecekapan individu semata-mata, tetapi bergantung kepada kekukuhan persatuan bagi menghadapi cabaran industri yang setiasa berkenbang dan berubah-ubah ini," ujarnya.
Justeru itu, beliau beharap persatuan terus dapat menjalankan lebih banyak lagi program bercorak kemasyarakatan yang dapat memberi kesejahteraan hidup kepada komuniti setempat.
|