CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5041|Reply: 0

[Sarawak] SKAS: Penggunaan borang atau cara lama masih relevan di luar bandar

[Copy link]
Post time 7-1-2025 12:19 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Agensi kerajaan berkaitan perlu mempertimbangkan untuk menggunakan borang atau cara lama seperti sebelum ini, yang masih relevan untuk penduduk di kawasan luar bandar, yang kurang mendapat pendedahan mengenai aplikasi digital dan seumpamanya.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil ketika mengutarakan cadangan tersebut mengakui, tidak semua penerima bantuan ini celik digital atau IT (teknologi maklumat). Beliau melontarkan cadangan itu, berikutan banyak aduan daripada penduduk di kawasan luar bandar baru-baru ini yang mengakui tidak tahu mengenai aplikasi yang diguna pakai untuk menuntut bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) iaitu inisiatif bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak.

"Saya fikir bukan sahaja untuk SKAS tetapi juga untuk bantuan lain yang memerlukan pendaftaran melalui digital.

"Saya rasa, di pihak kita (kerajaan negeri), kita perlu mempertimbangkan perkara ini juga dan memberi sedikit kelonggaran untuk mereka (penduduk luar bandar) tampil menggunakan borang atau kaedah tradisional atau pendaftaran (di kaunter kerajaan).

"Saya fikir cadangan ini patut dilakukan kerana tidak semua kita celik digital," katanya kepada pemberita di sini, malam semalam.

Terdahulu, beliau ditanya mengenai aduan ramai penduduk luar bandar berhubung isu bantuan SKAS yang diagihkan menerusi baucar digital, menyebabkan ramai penerima yang layak menerima bantuan gagal menuntutnya kerana tiada pengetahuan mengenai aplikasi digital, tiada telefon bimbit yang sesuai serta buta huruf dan buta IT.

Penguang yang juga ADUN Marudi yakin Kerajaan Sarawak akan mempertimbangkan perkara tersebut.

"Saya rasa kami (Kerajaan Sarawak) terbuka. Bukan sahaja melalui digital tetapi melalui saluran-saluran tertentu, seperti bantuan melalui ketua masyarakat, pegawai daerah dan juga pusat khidmat (wakil rakyat setiap kawasan).

"Saya rasa kita kena ambil berat tentang perkara itu," katanya.

Beliau ditemui pemberita di sini, semasa menghadiri majlis pelancaran Parti Rakyat Sarawak (PRS) Bahagian Marudi oleh Presiden PRS Datuk Joseph Salang Gandum di sebuah hotel terkemuka di sini.

Mengenai penubuhan bahagian baharu PRS itu, Penguang melahirkan rasa gembira kerana ia akan membantu mengukuhkan lagi jentera GPS menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun depan dan Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun berikutnya.

“Dengan penubuhan (cawangan) PRS di Marudi, seperti mana-mana parti komponen GPS yang lain, ia menjadikan kami semakin kuat.

"Saya mesti mengatakan bahawa kita sangat kuat.

“Kami sudah sangat kuat tetapi dengan pembentukan dan penubuhan bahagian PRS Marudi, ia akan menjadikan kita lebih kuat.

"Kini kami bersedia untuk menghadapi sesiapa sahaja dalam pilihan raya akan datang jika ada yang ingin untuk bertanding di (kerusi) Marudi,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.738594 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list