CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5182|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak mahu memajukan sukan kriket

[Copy link]
Post time 7-1-2025 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 7-1-2025 06:07 AM



Abdul Karim bersama yang lain ketika merasmikan Trofi Kejohanan Piala Dunia Kriket Wanita T20 Bawah 19 Tahun di Kuching, hari ini.

KUCHING: Sarawak berhasrat untuk memajukan sukan kriket dan menjadikannya sebagai salah satu sukan utama di negeri ini pada masa depan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, minat terhadap sukan kriket semakin meningkat, terutama selepas Sarawak berjaya menjuarai Kejohanan Kriket Wanita Antara Negeri T20 anjuran Persatuan Kriket Malaysia (MCA) minggu lalu.

“Kejayaan ini sekali gus mencatatkan sejarah buat Sarawak yang sekali gus menunjukkan bahawa populariti kriket semakin meningkat.

“Malah, kita turut mempunyai pemain kriket dari Sarawak, Nur Dania Syuhada yang merupakan kapten pasukan wanita Malaysia untuk Kejohanan Piala Dunia Kriket Wanita T20 dan ini merupakan pencapaian besar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Trofi Kejohanan Piala Dunia Kriket Wanita T20 Bawah 19 Tahun anjuran Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) di Go Down Amphitheatre, Tebingan Kuching di sini, hari ini.

Kuching akan menjadi tuan rumah bersama kejohanan ini dari 18 hingga 28 Januari, dengan pasukan-pasukan dari New Zealand, Afrika Selatan, Nigeria dan Samoa dijadualkan beraksi dalam 10 perlawanan pada pusingan awal.

Sehubungan itu, Abdul Karim menyifatkan kejohanan ini bukan sahaja akan meningkatkan minat terhadap sukan kriket di Sarawak, malah ia juga akan menarik perhatian penonton di seluruh dunia melalui siaran langsung perlawanan ke lebih 180 negara.

Beliau turut menambah bahawa kriket merupakan sukan kedua paling banyak ditonton di dunia selepas bola sepak, dengan anggaran 2.5 bilion penonton di seluruh dunia.

"Justeru, melalui penganjuran kejohanan Piala Dunia ini, saya harap dapat mempromosikan pelancongan sukan Sarawak kepada pasaran global melalui sukan kriket,” katanya.

Sementara itu, Abdul Karim memaklumkan bahawa pembinaan padang Kriket Borneo Petra Jaya di sini, secara fizikalnya telah pun mencapai kira-kira 98 peratus dan dijangka akan siap sepenuhnya menjelang Kejohanan Piala Dunia Kriket Wanita T20 yang akan berlangsung pada 18 hingga 28 Januari ini.

"Untuk gelanggang, kriket pavilion lebih kurang fizikal sudah selesai semua.

"Padangnya cukup baik, cuma sedikit sentuhan perlu dilakukan tapi saya percaya menjelang kejohanan nanti semua itu sudah siap.

"Mereka (kontraktor) bekerja siang dan malam dan kita perlu memastikan permit menduduki (OP) kerana kita tidak akan dapat memulakannya sekiranya tiada kelulusan OP. Setakat ini pembinaan mencapai 97 ke 98 peratus penyiapan," katanya.

Sarawak akan menjadi gelanggang kepada 10 daripada jumlah keseluruhan 42 perlawanana Piala Dunia Kriket Wanita T20 Bawah 19 Tahun.

Kejohanan ini menghimpunkan 16 negara termasuk Malaysia yang berada dalam Kumpulan A bersama  India, Sri Lanka dan West Indies.

Kumpulan B terdiri daripada England, Pakistan, Ireland dan Amerika Syarikat manakala kumpulan C melibatkan New Zealand, Afrika Selatan, Nigeria dan Samoa.

Bagi kumpulan D pula terdiri daripada Australia, Bangladesh, Nepal dan Scotland.

Selain Padang Kriket Borneo Petra Jaya di Kuching, tiga lagi gelanggang yang akan diguna pakai ialah UiTM Cricket Oval (Bangi), Bayuemas Cricket Oval (Klang) dan Dato Dr Harjit Singh Johor Cricket Academy and Oval (Johor Bahru).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:14 PM GMT+8 , Processed in 1.869192 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list