View: 3160|Reply: 1
|
[Dunia]
2 mayat ditemukan dalam roda pesawat
[Copy link]
|
|
2 mayat ditemukan dalam roda pesawat
https://www.kosmo.com.my/2025/01 ... dalam-roda-pesawat/
Oleh KOSMO
8 Januari 2025, 5:00 pm

Pesawat JetBlue. - Getty Images
TALLAHASSEE, FLORIDA – Dua individu ditemukan mati di bahagian roda sebuah pesawat JetBlue selepas kapal terbang itu mendarat di sebuah lapangan terbang di negeri Florida, Amerika Syarikat, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Syarikat penerbangan JetBlue berkata, kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale-Hollywood (FLHIA) kelmarin.
Dua mayat tersebut ditemukan pada pesawat jenis Airbus A2320 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York sebelum pukul 8 malam (waktu tempatan).
“Dua mayat ditemukan di roda yang menempatkan gear pendaratan pesawat semasa pemeriksaan penyelenggaran dilakukan.
“Identiti dan cara mangsa mengakses ke bahagian roda masih dalam siasatan,” kata syarikat itu sambil menambah, pihaknya sedang bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang untuk siasatan lanjut. – AGENSI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wahh.mangsa maybe terikut ikut dgn movie mission impossible kot..yg lari dan menyelinap masuk ruang simpanan tayar aeroplane.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|