CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8765|Reply: 0

[Tempatan] Guru didakwa raba 2 murid di ‘rumah hantu’ direman

[Copy link]
Post time 9-1-2025 06:23 PM | Show all posts |Read mode
Guru didakwa raba 2 murid di ‘rumah hantu’ direman

https://www.freemalaysiatoday.co ... umah-hantu-direman/

FMT Reporters
09 Jan 2025, 04:42 PM

Mangsa dakwa suspek ajak mereka masuk ke ‘rumah hantu’ sebelum dicabul.


Suspek berusia 43 tahun direman enam hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. (Gambar Freepik)

PETALING JAYA: Seorang guru lelaki direman enam hari selepas disyaki mencabul dua murid perempuan Tahun 6 di dalam ‘rumah hantu’ yang dibuka sempena Hari Karnival Sekolah, semalam.

Pemangku Ketua Polis Melaka, Md Nazri Zawawi, berkata perintah reman terhadap suspek berusia 43 tahun dikeluarkan Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri di Mahkamah Majistret Ayer Keroh berkuat kuasa hari ini hingga 14 Jan.

Katanya, suspek ditahan di hadapan sebuah rumah di Paya Rumput, 10.25 malam tadi selepas laporan dibuat guru besar sekolah terbabit di Balai Polis Tanjung Minyak pada 12.48 tengah hari semalam.

“Pengadu berusia 53 tahun menyatakan ketika berada di pejabat sekolah, beliau didatangi dua murid perempuan Tahun 6 dalam keadaan takut dan menangis.

“Kedua-dua murid mendakwa suspek mengajak mereka masuk ke ‘rumah hantu’ yang dibuka di kawasan sekolah sempena Hari Karnival Sekolah pada Sabtu ini.

“Mereka mengikut kerana teruja mencuba tanpa berfikir apa-apa, namun ketika berada di dalam ‘rumah hantu’ itu kira-kira 10 pagi, suspek didakwa meraba kedua-dua murid berkenaan.

“Terkejut dengan kejadian itu, pengadu meminta beberapa guru wanita menenangkan kedua-dua mangsa yang dalam ketakutan,” katanya dalam kenyataan, menurut Berita Harian.

Beliau berkata, pengadu dan beberapa guru lain mencari suspek yang masih berada di kawasan ‘rumah hantu’ terbabit dan bertanya mengenai kejadian itu namun suspek menafikannya.

“Guru besar berkenaan segera menghubungi penjaga kedua-dua mangsa dan menceritakan hal itu sebelum membuat laporan polis.

“Ujian saringan awal air kencing ke atas suspek mendapati dia didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.238153 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list